So, aku cuba nak try colour tone yang lebih kurang la. Dah tentu tak boleh nak sama dengan hasil sifu Chot. Aku guna Photoscape (tahu benda ni melalui Burt -->> refer sini untuk download dan step by step instruction). Foto kat bawah ni, filter yang digunakan adalah cross process + agfa. Then aku adjust sket curve dan fill light ikut sesedap rasa aku.
Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts
6.2.10
PhotoWar: Ujikaji - Cross-processing Photoscape
Salam. Dah lama tak post apa-apa. Agak busy dan malas dan out of the mood. Hampir sebulan jugak la aku tak sentuh gambar-gambar. Kali ni aku nak post pasal editing.For sure, tentu ramai yang berjinak-jinak ngan fotografi kenal Chot. Seorang street candid photographer, yang mana ramai yang suka dengan colour tone pics dia.
15.1.10
Asas Fotografi: Basic Flash
Cahaya merupakan elemen terpenting dalam fotografi. Tanpa cahaya, gelaplah gambar kita, tak menonjollah gambar kita. Itu yang Ahmad Ridhuan paham lah. Salah satu sumber cahaya selain available light adalah menggunakan flash.
So, dengan masa yang ada, Ahmad Ridhuan cuba buat sedikit eksperimen asas untuk memahami asas flash ni. Dia menggunakan SB600. Eksperimen simple ini cuma untuk bezakan TTL mode dan Manual mode pada flash tersebut. Hasil yang dapat seperti di bawah.
1. Menggunakan mode TTL (Through the lens) pada EV -2.0 hingga EV +2.0
Labels:
Asas Fotografi,
Flash,
Fotografi,
Nota Fotografi
10.1.10
Asas Fotografi: Depth of Field
Depth of field - ruangan / kawasan di mana subjek dalam keadaan fokus. Juga boleh ditakrifkan sebagai jarak ketajaman (sharpness) subjek atau kawasan ketajaman subjek yang boleh diterima.
Sesuatu lens boleh fokus secara tepat / tajam (sharp) hanya pada satu jarak/ruang/kawasan pada satu-satu masa. Kawasan yang di luar depth of field ini dikenali sebagai "circles of confusion" iaitu bokeh.
Jumlah kawasan / jarak dalam keadaan fokus ini tidak tetap. Ini bergantung kepada 3 perkara iaitu:-
1. Aperture
2. Jarak fokus dari kamera
3. Panjang fokus (focal length)
Labels:
Asas Fotografi,
Fotografi,
Nota Fotografi
8.1.10
Fotografi: Shutter Speed
Shutter speed merupakan satu daripada 3 elemen yang mempengaruhi dedahan (exposure) selain Aperture dan ISO. Shutter adalah katupan atau bidai yang dibuka dan ditutup semasa sesuatu imej dirakam.



Definisi mudah - tempoh masa bukaan bidai (shutter) ini sehingga ianya ditutup.
Jika masa diukur dalam saat, minit, jam dan sebagainya, shutter speed diukur dalam unit saat (seconds). Shutter speed boleh selaju 1/2000s sehingga seperlahan 10, 15, 30s (sebagai contoh, tidak semestinya yang dinyatakan adalah yang paling laju dan paling slow)
fast shutters
low shutter
low shutterKonsep shutter speed
1. Merakam pergerakan
Shutter yang laju akan dapat merakam pergerakan dengan memegunkan subjek dan menjadikan gambar tersebut jelas. Kebiasaannya, jika kita nak rakam gambar kereta bergerak, orang bergerak dan nak tunjukkan gambar kereta/orang tersebut jelas, kita akan gunakan shutter speed yang laju. Kebiasaannya, shutter speed yang laju digunakan untuk memegunkan aksi terutamanya dalam sukan. Kebiasaannya adalah 1/250s ke atas.

1/500s - memegunkan pergerakan 1/30s - pergerakan ombak dapat diserlahkan
Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar tersebut 'blur'/tidak jelas dan seperti ada movement. Kelebihan shutter speed yang perlahan adalah untuk menunjukkan pergerakan (movement), contohnya air terjun, lalulintas kenderaan dan sebagainya.
Namun begitu, ada satu teknik yang dipanggil PANNING iaitu kita boleh pegunkan subjek tetapi gambar tersebut menunjukkan satu pergerakan hanya dengan menggunakan shutter speed yang rendah.
Teknik Panning
2. Cahaya
Makin perlahan shutter speed, lebih banyak cahaya yang terdedah. Dalam situasi ini, kita boleh gunakan aperture yang kecil, atau ISO yang rendah. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan tempoh bermula bidai (shutter) dibuka hingga ditutup adalah lama. Ini membolehkan cahaya masuk lebih banyak semasa foto dirakam.
Saya ambil contoh mudah. Paip air. Apabila paip air dibuka untuk tempoh yang lama, jumlah air yang keluar adalah lebih banyak berbanding sekiranya paip air dibuka untuk tempoh yang pendek, maka jumlah air yang keluar adalah sedikit. Di sini, paip air adalah shutter dan air itu sendiri adalah cahaya.
Perkara yang perlu ingat tentang shutter speed
1. Shutter speed maksimum ketika 'handheld' biasanya pada 1/60s bergantung kepada kekuatan dan kestabilan tangan jurukamera. Ini akan dapat mengelakkan gegaran (vibration) yang boleh menyebabkan gambar kabur dan tidak 'sharp'. Namun, zaman sekarang dah ada lens VR (Vibration Reduction - Nikon) / IS (Image Stabiliser - Canon) / OS (Optical Stabilizer - Sigma) / VC (Vibration Controller - Tamron) atau yang seumpama dengannya yang mana boleh mngurangkan sehingga 4 stop dalam shutter speed, memungkinkan gambar masih sharp untuk handheld pada 1/8s.
2. Gunakan tripod untuk shutter speed yang perlahan (1/60s ke bawah). Antara gambar yang biasanya dirakam menggunakan shutter speed yang perlahan adalah light trails dan air terjun yang mananak tunjukkan aliran air yang laju.
Menggunakan tripod - ISO 100; f11; shutter 8s
3. Panjang fokus (focal length) mempengaruhi shutter speed. Kita harus mengambil kira panjang fokus untuk menentukan shutter speed. Ini dipanggil 'rule of thumb'. Rule of thumb ialah memilih nilai penyebut shutter speed lebih tinggi dari nilai panjang fokus. Sebagai contoh, sekiranya panjang fokus adalah 200mm, makan rule of thumb memilih shutter speed pada 1/250s.
Semoga apa yang ditulis menberikan manfaat untuk sesiapa sahaja yang menjadikan rujukan. Kalau ada yang tak betul, mintak tolong maklumkan.
BEREH!!!
Labels:
Asas Fotografi,
Fotografi,
Shutter Speed
1.1.10
PhotoWar: Ujikaji - Light trail
First time cuba buat light trail shoot. Malam tahun baru, lokasi di hadapa MOF, Putrajaya; bersama Mat Lan dan Sarip. Percubaan pertama yang kurang menjadi ditambah dengan banyak sangat kereta yang ada sampai jalan sesak. So, light trail xberapa nak menjadi. Lepas ni kena cari highway, location dari atas untuk better composition. Sesape ada pengalaman, expertise, mohon untuk komen.

ISO 100 : f11 : 8s

ISO 100 : f11 : 13s
Kesimpulannya, agak mengecewakan. But at least, there's something I can learn to do better next time.
**Mat Lan dan Sarip

Labels:
Fotografi,
Landskap,
Photo,
Putrajaya,
teknik fotografi
27.12.09
1.12.09
29.11.09
PhotoWar: Ujikaji - Reflection
EXIF
| Focal Length: | 25 mm |
| Aperture: | f 8.0 |
| Exposure: | 1/60 sec |
| ISO Speed: | 400 |
EXIFFocal Length: 35 mm Aperture: f 8.0 Exposure: 1/30 sec ISO Speed: 400
**D90 + Tamron 17-50mm f2.8 VC
Sedikit adjusment pada white balance dan curve
Labels:
Fotografi,
teknik fotografi,
Ujikaji
22.11.09
Airmata Ibu
Pagi semalam, aku diajak untuk tag shoot Graduation & Concert Day 2009, Al-Ikhlas Pre Tahfiz, Pre School . Bermula jam 8 pagi sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Kami ada 5 orang yang terdiri dari 2 videographer dan 3 photographer. Cuma, walaupun aku ni cuma tag along je, ada ketikanya aku dah rase aku ni yang jadi OP..hurmm..nasibla..
Salah satu persembahan daripada kanak-kanak tadika ni adalah menyanyikan lagu khas untuk ibu mereka, lagu Airmata Ibu yang pernah dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza. Dengan iringan cd nyanyian Dato' Siti, adik-adik ni semua menyanyi, dengan gaya yang penuh menyentuh perasaan. Even aku sendiri pun tersentuh dengan pergerakan dan keikhlasan adik-adik ni menyanyikan lagu ni.
AIRMATA IBU
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
Labels:
Al-Ikhsan,
Fotografi,
Ibu,
Kanak-kanak,
Tadika
20.11.09
Stay Up - Melayu tolong melayu
Stay Up - suku kata yang memang tidak asing lagi dalam dunia study. Luang masa sket untuk stay up malam ni, pekena Milo 3 dalam 1 dalam gelas Maybank sambil baca2 sket advanced user guide Nikon D90. Tanbah pengetahuan. Kira ilmiah la juga. Sambil tu aku test satu dua shot dengan kehadiran lens baru - Tamron 17-50mm f2.8 VC

ISO 400, f2.8 @ 1/8s
Handheld pada 1/8s? Still sharp. Memang aku puas hati dengan pembelian lens ni. Cerita pasal pembelian lens ni, ade kisah tentang 'melayu tolong melayu'. Aku rasa macam istilah ni kurang boleh digunapakai. Ada ke melayu tolong melayu? Byk yang lebih dengki dan tak nak bagi kerjasama je.
Contoh mudah: pembelian lens aku ni. At first, aku nak beli kat satu kedai melayu - sms langsung tak berbalas (dua no hp berbeza pulak tu), call kedai, bunyi line internet je memanjang, email, private message semua tak berbalas. So, macamana melayu nak tolong melayu kalau melayu sendiri tak nak berusaha untuk ditolong oleh melayu lain? Segelintir je macam ni aku rasa. Tapi macamana melayu nak maju macam ni? Just my 2 cents.
Berbalik kepada hadirnya buah hati baru aku ni, aku buatla Focus Test, untuk pastikan lens ni dalam keadaan yang sepatutnya. Hasilnya...

ISO 400, f2.8 @ 1/25s
Labels:
Beli Kamera,
Cerita,
Fotografi,
Lens
13.11.09
Fotografi: 'Newbies'@Mentah
Salam...
Secara kasar, aku belajar pegang kamera sejak tahun 1992. Tapi, semua main tangkap je, janji masuk frame. Tahun 2007, aku berjaya memiliki kamera sendiri, Fujifilm digital compact. Time ni, yg aku tahu, megapiksel yang besar adalah yang terbaik selain function2 lain. Shoot foto? masih sama macam dulu, asal tangkap muat, tak tahu apa cerita dengan exposure, framing dan lain-lain.
2009 adalah permulaan sebenar aku dalam bidang fotografi ni. minat yg memang dah ada terhadap foto-foto yang cantik, dan penuh makna semakin meningkat. Berbekalkan modal yang ada, aku grab D60 dengan kitlens time tu, mula belajar tentang 3 elemen utama fotografi - ISO, aperture dan shutter speed, selain exposure. Tapi mind set aku mungkin belum berubah. Masih sibuk shoot, shoot, dan shoot tanpa memahami mcmana penghasilan gambar yang baik berlaku. Cuma bezanya, aku dah tahu beberapa term dalam fotografi ni - bokeh, RO3, composition dan lain2.

Gambar perhiasan - early stages: exposure entah ke mana....
Disebabkan sifat eager aku, aku jual D60 untuk beli D90..salah satu sbb adalah aku nk beli prime lens yang mana xleh autofocus dengan D60. Walhal, 70% dari function D60 tu sikit pon aku tak tahu.
Jadi, buat semua newbies/pengguna baru, nasihat aku sebagai seorang yang dah melalui semua ni, guna dulu apa yang ada sebaiknya hinggalah dah fully utilized baru tukar alat baru. Takpun, kalau nak beli, simpan duit dulu, terus beli yang intermediate model. At least korang tak rugi, tak rugi dalam pembelian yg basic, then 2,3 bulan pakai jual untuk beli yang intermediate. Just my 2 cents.
Cerita pasal D90 ni, aku beli terus dengan flash - SB600 kerana flash memang penting. Fotografi adalah berkenaan dengan cahaya, maka, sumber cahaya tambahan tu penting dlm fotografi. Satu lagi nasihat, beli flash dulu sebelum beli lens. Kitlens sudah cukup baik untuk beginner. Aku pun masih newbies, masih belajar, dan akan terus belajar.
Regards,
WAR
012.921.1991
Labels:
Beli Kamera,
Fotografi
7.11.09
Some Quotes on Photography
Antara kata-kata dari Otai2 photography yang menunjukkan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan bukan kerana kamera yang mahal, lens yang canggih, tetapi adalah kerana kualiti individu di belakang kamera tersebut yang ada kreativiti, asas yang lengkap, planning dan teknik2 yang baik.
"Cameras don't take photos, people do" - Harold Davis
"You don't take photograph, you make it" - Ansel Adams
"Maybe because it's entirely an artist's eye, patience and skill that makes an image and not his tools" - Ken Rockwell
6.11.09
Fotografi: My Gear - Tamron 18-200mm
Salah satu daripada 2 lens yg aku ada, AF18-200mm F/3.5-6.3 XR Di-II LD Aspherical (IF) Macro. Usianya adalah lebih kurang 5-6 bulan. Lens ni ada built in motor, dan mengikut mengikut sesetengah review, sharpness lens ni memang superb!!!


Nape aku amik gambar lens ni, then post kat sini? Bukan sebab nak jual. Cuma, aku testing CLS je, so subjeknya aku amik lens Tamron ni la...huhuhu..Amacam? Ok tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)




