Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

6.1.10

Guzhen

2 komen
Di kala aku outing hari kedua tahun 2010, hujan turun di Bukit Bintang
Di kala hujan yang turun, orang masih berpusu-pusu 'walking around'
Di kala hujan masih rintik-rintik, aku mencapai kamera
Di kala hujan berhenti, aku mula untuk mendapatkan apa yang dihajati
Di kala apa yang dihajati antara sampai dan tak sampai, aku dapat sesuatu yang lebih baik


Niat asal selepas outdoor shoot dengan Mat Lan kat area luar Pavilion, adalah masuk Pavilion utk solat. Berkat solat, kami menuju ke floor paling atas untuk ke gedung ilmu TIMES. Niat suci mencari bahan ilmu telah dihadiahkan dengan satu persembahan oleh Jamie, memetik tali sejenis alat muzik, Guzhen (jenis moden barangkali) mengalunkan muzik konsep Cina - ala-ala Fong Sai Yuk pun ada.

Peluang terhidang depan mata, on kamera, bukak lens cap, kami shoot. Lebih menarik, semenjak kehadiran kami, ramai pengunjung yang mula berhenti meminjamkan telinga untuk diperdengarkan alunan muzik yang penuh 'feel' dan meyakinkan.

Jamie: 12 years learn to play Guzhen since she was 9.

Di kala aku shoot, aku rupa-rupanya aku miss satu scene yang menggambarkan betapa ramai peminat Jamie bertepuk sorak selepas sesebuah muzik habis dimainkan. Rugi!!!

Sedikit info tentang Guzhen:-

The modern-day guzheng is a plucked half-tube zither with movable bridges and 21 strings. However, the number of strings may range anywhere from 15 to 25. A customized version even exists with more than 44 strings. The strings were formerly made of twisted silk, but at the turn of the 20th century most players used metal strings (generally steel for the high strings and copper-wound steel for the bass strings). Currently most performers use steel strings flatwound with nylon.

The guzheng has a large resonant cavity made from wutong wood (Paulownia elongata). Other components may be made from other woods, usually for structural and decorative purposes.

-Wikipedia-


Hari hujan bukan alasan untuk tiada hasil. Hari hujan bukan halangan yang penting tekad. Hujan itu rahmat.



"Colour up your life!!"

1.1.10

Salam Tahun Baru 2010

0 komen
Salam tahun baru masihi 2010. Putrajaya penuh sesak malam ni walaupun tanpa bunga api. Semua seperti tertipu tahap gaban 18, turun ke Putrajaya dengan harapan akan ada bunga api. Anak muda, pakcik tua, anak-anak kecil, semuanya pulang hampa.

Sebut je tahun baru, semua ada azam. Sama ke dengan azam tahun baru hijrah baru-baru ni? Atau memang takde azam apa-apa time tahun baru hijrah yang baru dua minggu lepas. Bagi aku, 'azam tahun baru' sekarang sudah menjadi kebiasaan, yang mana di akhir tahun, ingat dan sedarkah kita akan azam yang telah ditanam di awal tahun? Tercapaikah? Kalau belum, apakah azam yang sama akan diulangi? Ada buat post mortem nape tak tercapai?

Tidak pernah ada azam tahun baru bagi aku; kerana harapan dan doa aku moga-moga hari akan datang, bulan akan datang, tahun akan datang akan lebih baik. Semoga tahun akan datang akan lebih bermakna, dan kita akan lebih tabah dan kuat mengharungi liku-liku hidup dan ujian daripadaNya. Semoga apa yang dikerjakan pada tahun ini akan sentiasa dibertkati. Amin.

LIVE BETTER EVERYDAY, LIVE BETTER FOR THE FUTURE, LIVE HAPPILY, LIVE STRONG!


SALAM TAHUN BARU MASIHI 2010!

17.12.09

Sukan: Malaysia rangkul emas Sukan Sea selepas 20 tahun

1 komen

Tahniah buat Malaysia.

Persembahan first half agak berserabut, dengan passing yang kurang tepat namun ketangkasan Sharbinee berjaya selamatkan Malaysia dari dibolosi. Malaysia main mungkin agak kasar dengan terjahan yang sembarangan, kadang2 terjah tak dapat bola pun, pastu mula la kelam kabut nak cover balik. Apa pun, semangat juang memang tinggi dan pertahanan, terutamanya Muslim memang mempamerkan permainan yang baik.

Second half, permainan bertambah kemas, tapi kadang2 aku pelik dengan permainan Guru. Sebagai defensive midfielder, sepatutnya dia yang cuba untuk 'win the ball' dan delay. Masalahnya, selalu sangat dia 'masuk' dan terjah terlalu cepat, senang2 je lawan beat dia. Apepun, sumbangan Guru tetap dihargai la. Serangan2 Malaysia banyak berpunca dengan kekalutan bahagian tengah Vietnam, dan direncanakan dari sebelah kanan.

Semangat goalkeeper Vietnam begitu kental walaupun alami sedikit kecederaan. Sedikit sebanyak membantu Malaysia, mungkin boleh ambil kesempatan atas kecederaan Tan Truong, goalkeeper Vietnam ni. At last, gol yang dicari2 menjelma, bukan dengan kelemahan goalkeeper Vietnam. Bermula dengan hantaran yang baik ke dalam kotak penalti dan percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan Tan Truong, bola melambung kepada Safiq yang cuba nak buat volley tapi miss kick. Mujur berjaya pegang bola balik dan lakukan inner crossing, ditampan pertahanan Vietnam, menipu Tan truong, terus ke jaring. Kedudukan kekal hingga tamat masa.

Apape pun, tahniah buat Malaysia. Semoga gaya permainan lebih baik dan semangat juang seperti ini dapat dikekalkan. Majulah sukan untuk negara.

28.11.09

Cerita Balik Kampung AidilAdha

3 komen
Kerja2 balik kampung untuk Hari Raya Aidil Adha. Bertolak jam 11.30 pagi dari Taman Connought, Cheras, bajet buleh lepas doh jammed di MMR2 dengan melalui Tol dekat Bandar tun Razak, masuk SMART Tunnel - Jalan Pahang - DUKE, terus keluar kat Gombak. Sampai je tol Gombak, perkara tidak diingini berlaku.

berhampiran hentian Gombak

kilometer 23 highway kl-karak

Jalan clear balik dari Genting Sempah dan sepanjang LPT samapai Cherating walaupun banyak kenderaan. Dikhabarkan ramai rakyat Kelantan balik Kelantan melalui Kuala Terangganu. Hasilnya, dicampur dengan staff yang balik kerja di Kemaman, dan yang dalam Terengganu sendiri nak balik kampung - Jam tiba di Masjid Geliga Kemaman, 6.30 ptg baru keluar bandar Kemaman yang kebiasaanya makan masa setengah jam sahaja.

laluan Bandar Kemaman - ramai jugak yg memotong ikut kiri - bertambah sesak
pemandu sekarang makin kurang ajar

8.00 pm di Kg Nyior pun jam jugak

Sampai di rumah jam 9.30 malam, perjalanan paling lama sejak aku drive dari KL - KT (10 jam). Serik dah lepas ni kena bertolak Subuh2 lagi.

22.11.09

PhotoWar: Sekitar Sarawak

0 komen

Rumah Panjang di Sg Kapit

Sibu Wharf + Kapit Ekspres Kapit Wharf

Where to from Sibu Wharf?

[WTS] Ayam hidup di Pasar Sibu