Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

5.1.10

PhotoWar: Outing Rakan2

2 komen
Aktiviti weekend lepas dipenuhi dengan sesi outing. Sabtu kat Golden triangle, Ahad pulak kat Putrajaya. So, aku pilih cerita pasal outing Putrajaya dulu. Outing ni organized by Naman, member aku kat UKM dulu..nak kata perintis pon boleh la tapi dia lagi power main volleyball dari aku la.

Pada asalnya, Naman buat pencarian model keluarga yang mana pemenang top 3 (xsilap aku la) akan dapat photoshoot di Putrajaya (dengan kehadiran beberapa photographer berpengalaman). But at last, aku tak berapa nak pasti pilihannya macamana dan beberapa photographer member-member sukar nak meluangkan masa (maybe). So, aku sebagai newbie dapat invitation la untuk sama-sama belajar. Antara yang hadir:-
  1. Naman dan family
  2. Eliza dan family
  3. Hasnor dan family
  4. Mat Lan (member aku)
Antara hasil-hasilnya:-

The Parents


Content Not Available

Naman & wife


Content Not Available

Hasnor & husband


Content Not Available

Eliza & Syarmy

The Kids

Rayyan
Darwish
Riri & Eiyman
Rifqi

**More pics on my flickr

"Harta yang paling berharga adalah keluarga, mutiara yang paling indah adalah keluarga"

1.1.10

PhotoWar: Ujikaji - Light trail

2 komen
First time cuba buat light trail shoot. Malam tahun baru, lokasi di hadapa MOF, Putrajaya; bersama Mat Lan dan Sarip. Percubaan pertama yang kurang menjadi ditambah dengan banyak sangat kereta yang ada sampai jalan sesak. So, light trail xberapa nak menjadi. Lepas ni kena cari highway, location dari atas untuk better composition. Sesape ada pengalaman, expertise, mohon untuk komen.

ISO 100 : f11 : 8s

ISO 100 : f11 : 13s

Kesimpulannya, agak mengecewakan. But at least, there's something I can learn to do better next time.

**Mat Lan dan Sarip



Salam Tahun Baru 2010

0 komen
Salam tahun baru masihi 2010. Putrajaya penuh sesak malam ni walaupun tanpa bunga api. Semua seperti tertipu tahap gaban 18, turun ke Putrajaya dengan harapan akan ada bunga api. Anak muda, pakcik tua, anak-anak kecil, semuanya pulang hampa.

Sebut je tahun baru, semua ada azam. Sama ke dengan azam tahun baru hijrah baru-baru ni? Atau memang takde azam apa-apa time tahun baru hijrah yang baru dua minggu lepas. Bagi aku, 'azam tahun baru' sekarang sudah menjadi kebiasaan, yang mana di akhir tahun, ingat dan sedarkah kita akan azam yang telah ditanam di awal tahun? Tercapaikah? Kalau belum, apakah azam yang sama akan diulangi? Ada buat post mortem nape tak tercapai?

Tidak pernah ada azam tahun baru bagi aku; kerana harapan dan doa aku moga-moga hari akan datang, bulan akan datang, tahun akan datang akan lebih baik. Semoga tahun akan datang akan lebih bermakna, dan kita akan lebih tabah dan kuat mengharungi liku-liku hidup dan ujian daripadaNya. Semoga apa yang dikerjakan pada tahun ini akan sentiasa dibertkati. Amin.

LIVE BETTER EVERYDAY, LIVE BETTER FOR THE FUTURE, LIVE HAPPILY, LIVE STRONG!


SALAM TAHUN BARU MASIHI 2010!

18.10.09

Cerita Budak-Budak Masjid

0 komen
Cerita berbuka di Masjid Putra, Ramadhan tempoh hari. Seperti biasa, juadah berbuka fasa 1 adalah kurma + kuih dan air, sebelum menunaikan solat maghrib. Solat berjemaah ni dapat 27 kali ganda, bulan Ramadhan pulak..pergh, 1000 kali ganda lagi. Seperti biasa, lepas solat, maka berpusu-pusu makmum tadi bergegas masuk barisan. Tidak ketinggalan, aku.

Tengah beratur, aku terjeling ke sebelah kiri..oohh..mamat bangla duk ambik air 2, 3 gelas..nyaris2 aku xnampak diorang. Hanya limpahan cahaya lampu limpah yang sedikit silau memberikan sedikit cahaya. Aku toleh ke kanan. Bising betul budak2 ni makan, merujuk kepada sekumpulan kanak2 umur lebih kurang 8-12 tahun yang berborak2.


Budak Masjid

Apa yang aku kagum, mereka berbincang tentang surah Al-Quran. Masing-masing kata yang dia dah hafal surah-surah tertentu. Ada yang cuba untuk baca surah depan rakan-rakan mereka. Sejuk hati mak bapak macam ni. Aku cuba untuk menempatkan diri aku berhampiran mereka, tapi dah ada pulak yang potong aku punye line.

Apape pun, berbuka kat masjid memang terbaik!