Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

5.1.10

PhotoWar: Outing Rakan2

2 komen
Aktiviti weekend lepas dipenuhi dengan sesi outing. Sabtu kat Golden triangle, Ahad pulak kat Putrajaya. So, aku pilih cerita pasal outing Putrajaya dulu. Outing ni organized by Naman, member aku kat UKM dulu..nak kata perintis pon boleh la tapi dia lagi power main volleyball dari aku la.

Pada asalnya, Naman buat pencarian model keluarga yang mana pemenang top 3 (xsilap aku la) akan dapat photoshoot di Putrajaya (dengan kehadiran beberapa photographer berpengalaman). But at last, aku tak berapa nak pasti pilihannya macamana dan beberapa photographer member-member sukar nak meluangkan masa (maybe). So, aku sebagai newbie dapat invitation la untuk sama-sama belajar. Antara yang hadir:-
  1. Naman dan family
  2. Eliza dan family
  3. Hasnor dan family
  4. Mat Lan (member aku)
Antara hasil-hasilnya:-

The Parents


Content Not Available

Naman & wife


Content Not Available

Hasnor & husband


Content Not Available

Eliza & Syarmy

The Kids

Rayyan
Darwish
Riri & Eiyman
Rifqi

**More pics on my flickr

"Harta yang paling berharga adalah keluarga, mutiara yang paling indah adalah keluarga"

22.11.09

Airmata Ibu

7 komen

Pagi semalam, aku diajak untuk tag shoot Graduation & Concert Day 2009, Al-Ikhlas Pre Tahfiz, Pre School . Bermula jam 8 pagi sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Kami ada 5 orang yang terdiri dari 2 videographer dan 3 photographer. Cuma, walaupun aku ni cuma tag along je, ada ketikanya aku dah rase aku ni yang jadi OP..hurmm..nasibla..

Salah satu persembahan daripada kanak-kanak tadika ni adalah menyanyikan lagu khas untuk ibu mereka, lagu Airmata Ibu yang pernah dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza. Dengan iringan cd nyanyian Dato' Siti, adik-adik ni semua menyanyi, dengan gaya yang penuh menyentuh perasaan. Even aku sendiri pun tersentuh dengan pergerakan dan keikhlasan adik-adik ni menyanyikan lagu ni.



AIRMATA IBU

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu