Showing posts with label Asas Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Asas Fotografi. Show all posts

15.1.10

Asas Fotografi: Basic Flash

1 komen

Cahaya merupakan elemen terpenting dalam fotografi. Tanpa cahaya, gelaplah gambar kita, tak menonjollah gambar kita. Itu yang Ahmad Ridhuan paham lah. Salah satu sumber cahaya selain available light adalah menggunakan flash.

So, dengan masa yang ada, Ahmad Ridhuan cuba buat sedikit eksperimen asas untuk memahami asas flash ni. Dia menggunakan SB600. Eksperimen simple ini cuma untuk bezakan TTL mode dan Manual mode pada flash tersebut. Hasil yang dapat seperti di bawah.


1. Menggunakan mode TTL (Through the lens) pada EV -2.0 hingga EV +2.0

10.1.10

Asas Fotografi: Depth of Field

2 komen
Depth of field - ruangan / kawasan di mana subjek dalam keadaan fokus. Juga boleh ditakrifkan sebagai jarak ketajaman (sharpness) subjek atau kawasan ketajaman subjek yang boleh diterima.

Sesuatu lens boleh fokus secara tepat / tajam (sharp) hanya pada satu jarak/ruang/kawasan pada satu-satu masa. Kawasan yang di luar depth of field ini dikenali sebagai "circles of confusion" iaitu bokeh.

Jumlah kawasan / jarak dalam keadaan fokus ini tidak tetap. Ini bergantung kepada 3 perkara iaitu:-

1. Aperture
2. Jarak fokus dari kamera
3. Panjang fokus (focal length)

8.1.10

Fotografi: Shutter Speed

2 komen
Shutter speed merupakan satu daripada 3 elemen yang mempengaruhi dedahan (exposure) selain Aperture dan ISO. Shutter adalah katupan atau bidai yang dibuka dan ditutup semasa sesuatu imej dirakam.

Definisi mudah - tempoh masa bukaan bidai (shutter) ini sehingga ianya ditutup.

Jika masa diukur dalam saat, minit, jam dan sebagainya, shutter speed diukur dalam unit saat (seconds). Shutter speed boleh selaju 1/2000s sehingga seperlahan 10, 15, 30s (sebagai contoh, tidak semestinya yang dinyatakan adalah yang paling laju dan paling slow)
fast shutterslow shutter


Konsep shutter speed

1. Merakam pergerakan

Shutter yang laju akan dapat merakam pergerakan dengan memegunkan subjek dan menjadikan gambar tersebut jelas. Kebiasaannya, jika kita nak rakam gambar kereta bergerak, orang bergerak dan nak tunjukkan gambar kereta/orang tersebut jelas, kita akan gunakan shutter speed yang laju. Kebiasaannya, shutter speed yang laju digunakan untuk memegunkan aksi terutamanya dalam sukan. Kebiasaannya adalah 1/250s ke atas.

1/500s - memegunkan pergerakan 1/30s - pergerakan ombak dapat diserlahkan

Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar tersebut 'blur'/tidak jelas dan seperti ada movement. Kelebihan shutter speed yang perlahan adalah untuk menunjukkan pergerakan (movement), contohnya air terjun, lalulintas kenderaan dan sebagainya.

Namun begitu, ada satu teknik yang dipanggil PANNING iaitu kita boleh pegunkan subjek tetapi gambar tersebut menunjukkan satu pergerakan hanya dengan menggunakan shutter speed yang rendah.

Teknik Panning

2. Cahaya

Makin perlahan shutter speed, lebih banyak cahaya yang terdedah. Dalam situasi ini, kita boleh gunakan aperture yang kecil, atau ISO yang rendah. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan tempoh bermula bidai (shutter) dibuka hingga ditutup adalah lama. Ini membolehkan cahaya masuk lebih banyak semasa foto dirakam.

Saya ambil contoh mudah. Paip air. Apabila paip air dibuka untuk tempoh yang lama, jumlah air yang keluar adalah lebih banyak berbanding sekiranya paip air dibuka untuk tempoh yang pendek, maka jumlah air yang keluar adalah sedikit. Di sini, paip air adalah shutter dan air itu sendiri adalah cahaya.


Perkara yang perlu ingat tentang shutter speed

1. Shutter speed maksimum ketika 'handheld' biasanya pada 1/60s bergantung kepada kekuatan dan kestabilan tangan jurukamera. Ini akan dapat mengelakkan gegaran (vibration) yang boleh menyebabkan gambar kabur dan tidak 'sharp'. Namun, zaman sekarang dah ada lens VR (Vibration Reduction - Nikon) / IS (Image Stabiliser - Canon) / OS (Optical Stabilizer - Sigma) / VC (Vibration Controller - Tamron) atau yang seumpama dengannya yang mana boleh mngurangkan sehingga 4 stop dalam shutter speed, memungkinkan gambar masih sharp untuk handheld pada 1/8s.

2. Gunakan tripod untuk shutter speed yang perlahan (1/60s ke bawah). Antara gambar yang biasanya dirakam menggunakan shutter speed yang perlahan adalah light trails dan air terjun yang mananak tunjukkan aliran air yang laju.
Menggunakan tripod - ISO 100; f11; shutter 8s

3. Panjang fokus (focal length) mempengaruhi shutter speed. Kita harus mengambil kira panjang fokus untuk menentukan shutter speed. Ini dipanggil 'rule of thumb'. Rule of thumb ialah memilih nilai penyebut shutter speed lebih tinggi dari nilai panjang fokus. Sebagai contoh, sekiranya panjang fokus adalah 200mm, makan rule of thumb memilih shutter speed pada 1/250s.

Semoga apa yang ditulis menberikan manfaat untuk sesiapa sahaja yang menjadikan rujukan. Kalau ada yang tak betul, mintak tolong maklumkan.

BEREH!!!

27.10.09

Teknik Panning: Panning Technique

0 komen
Rentetan daripada kursus fotografi, aku belajar teknik panning. Teknik panning ni adalah satu teknik memegunkan objek yang bergerak tetapi gambar tersebut tetap menerangkan bahawa objek tu sebenarnya dalam keadaan bergerak (betul ke ayat aku ni, kalau salah tolong betulkan la yek!)


Basic setting untuk buat teknik panning ni:
1. Gunakan mode S (shutter), tetapkan shutter pada 1/60 atau 1/125 (bergantung kepada kelajuan objek, kalau kereta F1 tu, maybe kena shutter sehingga 1/2000 la)
2. Setkan release mode kepada continuous high speed (aku punya D90 boleh capture hingga 4.5 frames per second)
3. Auto Focus mode setkan pada AF-C
4. untuk shoot, lock focus pada subjek (tekan shutter separuh), dan ikut pergerakan subjek sambil menekan shutter (tanpa lepas) untuk dapatkan continuos shot.

Sekian sahaja. Selamat mencuba bagi sesiapa yang jadikan ini panduan.

Asas Fotografi by Myfotozone

0 komen
Tanggal 17 & 18 OKtober 2009, aku telah menyertai Kursus Asas Fotografi Digital anjuran Myfotozone. tenaga pengajar adalah bro adhadi, pemilik CamWorld yang terletak di Giant, Putra Heights - satu-satunya dealer kamera bumiputera. Juga dibantu oleh saudara Faiz, saudari Sitizya, dan saudara Naza.

Antara asas-asas yang diajar dalam kelas ni adalah tentang 3 komponen asas fotografi, aperture, shutter speed dan ISO, selain cara mengira stops, komposisi, perspektif dalam fotografi dan beberapa tips yang mungkin anda tidak akan jumpa dalam mana-mana website/forum.

Namun, walaupun telah menyertai kursus, siap dapat sijil lagi, tak bermakna aku dah pandai dalam bidang ni, tak bermakna foto yang aku hasilkan dah memberi impak kepada viewers, dan tak bermakna juga aku dah boleh generate money dari bidang fotografi ni. However, at least aku dah ada basic utk aku jadikan panduan.

It's just a hobby for me. Still need to practise, still need to go for outing, trying to get more knowledge from other "otai-otai" photographers. Ilmu yang ada terlalu banyak. Semakin kita mendalami sesuatu ilmu, semakin kita sedar bahawa semakin banyak kita tak tahu.

Balik kepada kursus anjuran Myfotozone, kursus ni memang menyeronokkan. Lebih praktikal dan sesuai untuk anda yang baru pegang DSLR atau yang dah lame tetapi masih belum mempunyai asas yang kukuh. Thumbs up for Myfotozone!

18.10.09

Fotografi: Aperture

0 komen
Definisi mudah - Aperture adalah saiz bukaan lens semasa merakam foto.

Aperture diukur dalam 'f-stops' [f/nombor]; sebagai contoh, f/1.8, f/5.6, f/22 dan sebagainya.

Hubungan definisi dan ukuran aperture:
semakin besar nombor (merujuk kepada f/nombor), semakin sempit bukaan lens (rujuk gambarajah di bawah). Aperture dikatakan besar apabila nombor adalah kecil.

Contoh:-
f/1.8 adalah aperture yang besar dengan bukaan lens yang besar berbanding f/10.
Aperture akan memberi kesan pada foto dari segi:
1. Lingkungan dalam fokus (Depth of Field)
2. Dedahan (Exposure)

Konsep:

- Lebih besar aperture, lebih luas bukaan lens, lebih banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Ini membolehkan penggunaan shutter speed yang lebih laju.

- Aperture yang besar akan menjadikan hanya satu objek akan difokus. Dalam keadaan ini, lebih byk lingkungan akan 'blur' iaitu bokeh.

Contoh di bawah menunjukkan perbezaan. Setting semi-auto (Aperture) digunakan pada ISO 250 dan focal length 50mm dengan menggunakan tripod. Lihat perubahan pada shutter speed apabila aperture diubah menjadi lebih kecil. Begitu juga dengan bokeh yang terhasil bergantung pada perubahan aperture.


50mm, f/1.8, 1/40, ISO 250 50mm, f/3.5, 1/10, ISO 250

50mm, f/7.1, 1/2.5, ISO 250 50mm, f/14, 1.6s, ISO 250

50mm, f/22, 5s, ISO 250

Semoga apa yang ditulis menberikan manfaat untuk sesiapa sahaja yang menjadikan rujukan. Kalau ada yang tak betul, mintak tolong maklumkan.


**Sumber rujukan di BUKU RUJUKAN