31.12.09

2009 Recap

3 komen

Sedikit recap sepanjang 2009 - W.A.R

Personal
  1. Mula berjinak-jinak dalam fotografi, got my first gear Nikon D60 on Februari 2009 dan upgrade kepada D90 pada bulan Ramadhan 2009. Gear yang ada sehingga kini adalah Nikon D90 + Phottix Battery Grip + Nikkor 50mm f1.8 + Tamron 17-50mm f2.8 VC + Speedlight SB600.
  2. Mengikat tali pertunangan dengan Nurul Akmarina pada 26 September 2009. InsyaAllah, 2010 nikah ok!
  3. Tahun kedua "berkhidmat untuk negara" di Jabatan Perangkaan, kadang-kadang tu sibuk dengan something yang nonsense je; off-core business job.
  4. Menghadiri siri kursus untuk pengesahan jawatan.
  5. Kemahiran dan pengetahuan bertambah dalam software editing, Adobe Photoshop dan Lightroom selaras dengan minat dalam bidang fotografi.
  6. Masuk kelas renang, tapi pandai ke tak tu tak boleh nak kata lagi sebab tak terbukti lagi..heheh..
  7. Menghadiri kursus perkahwinan pada 14-15 November 2009 besama si dia. :P
Keluarga
  1. Satu keluarga berkumpul menyambut Aidilfitri 2009. Cukup lengkap - seorang nenek, seorang bapa, seorang ibu, 5 orang anak-anak, seorang menantu dan 2 orang cucu yang comel.
  2. Kembalinya ke rahmatullah satu-satunya nenek yang masih ada pada 26 Oktober 2009.
  3. Family trip ke Jakarta dan Bandung - a very-very happy holiday.
Sukan
  1. Tandatangani kontrak dengan Stats FC. Telah mengharungi 6 siri perlawanan persahabatan dan menjaringkan 1 gol.
  2. Menjaringkan hatrik pertama untuk Achem FC yang 2 daripadanya adalah gerakan menarik. Antara penjaring terbanyak Achem FC dengan 6 gol.
Tempat dilawati
  1. Zoo Negara.
  2. Kapit - Sibu - Bintulu - Tatau (Sarawak).
  3. Langkawi.
  4. Batu Pahat.
  5. Ipoh.
Sosial
  1. Mula aktif sebagai forumer ganusoccer.net (GSN).
  2. Antara movie yang ditonton:- Transformers ROTF, Papadom, G.I.Joe, Ice Age 3, 2012, The Storm Warrior.
  3. Aktiviti paintball di Tanamera, Sg Buloh bersama geng2 Pestech.
  4. Miss Konsert Search Di Awan Biru pada 1 Ogos 2009 sebab pegi main bola kat Perak.
  5. Reunion ex-YT Besut Batch 96-00 di Sumai Suite Hotel, K.Trg. Dihadiri lebih kurang 40 bekas pelajar dan 10 orang guru.
Hakmilik
  1. MacBook dan iPhone (a give from a brother)
  2. DSLR camera & accessories
  3. Nike Tiempo Ligera dan Nike 5 Futsal

Banjir dalam kereta

1 komen
Dua hari lepas, aku menuju ke bengkel untuk servis kelisa gold yang dah pudar bersolekkan rim biasa yang dah xberapa nak bulat dengan tail lamp pecah sebelah. Bajet nak tukar minyak hitam je, kira minor servis je. Aku try nak servis kedai melayu kali ni, brader kelantan pemilik kedai ni yang terletak di tengah-tengah antara restoran dan kedai spare part di Taman Equine, tak jauh dari kedai makan cina yang boleh buat equine jem malam-malam. Boleh tahan tahap 'bekeng'nya terhadap mekanik2 muda dia.

Sebelum nak servis, aku cuba nak tilik-tilik harga minyak hitam yang biasa aku guna. "Kelecak!!!". Masuk sit belakang, bertakung air kat bawah! Apa hal ni! Mana bocor ni! Tak mungkin sbb hose drain bocor sebab kete aku dah 5 hari tak gerak. "Hujan berjaya menembusi kereta bukan sport aku agaknya". Abaikan dulu, aku sambung niat nak kasi sihat kereta aku tu dulu. Servis memang cepat la, tak ada customer. Daripada nak tukar minyak hitam, kene tukar getah minyak power stering pulak sebab leaking. Alang-alang kedai spare part sebelah, aku 'grab' terus 3rd party punye tail lamp yang dah lebih 6 bulan kurang kasih sayang. Kene RM40. Servis campur tukar getah tu + minyak stering + minyak hitam selepas jek2 kaw tim cakap klate sikit dengan brader kelate tu, kene RM180, murahla dari kat Perodua.

Balik aku ada misi lain. Misi menjemur. Bahan yang digunakan hanyalah Thirsty Hippo.

Sampai hari ni pun tak kering-kering jugak.

**Punca sebenar kebertakungan dan kebocoran masih dalam soal siasat

30.12.09

30.12.09 Gambar Pilihan

4 komen

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
(Surah al-Baqarah; 117)

Hidup ini bagaikan batu karang, ombak, dan lautan. Batu karang yang kukuh menandakan jiwa yang kuat, walau datang ombak (cubaan/dugaan) menghentam hidup ini, jiwa tetap luas bagaikan lautan (pandangan diri kita).

29.12.09

GSNMajlis Anugerah Pemain Pilihan

0 komen
Majlis Anugerah Pemain Pilihan GSN untuk pasukan Terengganu dan T-Team bagi tahun 2009 (fans player of the year versi Malaysia)

Tarikh : 26 Disember 2009
Tempat : Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS)

Aktiviti julung-julung kali diadakan oleh warga forumer GSN untuk mengiktiraf pemain yang paling cemerlang pada musim Liga Super dan Piala Malaysia dan kejohanan lain sepanjang tahun. Majlis berjalan lancar serba ringkas dengan kehadiran kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusoff dan Mohd Ashaari Shamsuddin a.k.a Saha selaku penerima anugerah masing-masing untuk tahun 2009 dan 2008.

Untuk T-Team, pemenang anugerah adalah Hairuddin Omar, tapi tidak dapat hadir kerana dikhabarkan sedang mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan barunya, Kelantan.

Marzuki Yusoff - 2009__________________________Ashaari Shamsuddin - 2008

Antara forumer GSN yang hadir

Sejurus selepas majlis, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara ahli-ahli forumer yang telah dibahagikan kepada dua pasukan. Berikut adalah ulasan dari "Hasbullah Awang" GSN, Chikaro:-

GSN A (2) - Bujal82, Pocek
GSN B (2) - Hikaru46, Sekut

Perlawanan bermula agak lewat seperti yang dirancang. Pengadil memulakan perlawanan pada pukul 5:45 petang dan pasukan GSN A diberi penghormatan melakukan sepak mula. Barisan pertama GSN A adalah AR,Zuhaili,Azrul,Mat Mie,Mat Paijang,Peja,Hadi,Pocek,Bujal82,Sam dan Robinho. Barisan GSN B pula dibarisi pemain hebat yang terdiri daripada Jeffnie,Duwey,Ayeng,Rabbani,Zero,Hikaru46,Ariff,Sekut,Semie,Hamzi dan Zahar. Barisan simpanan GSN A ialah Chikaro dan Daniel dan GSN B ialah Taichiro dan Cupin. Permainan berlangsung selama 35 minit setiap separuh masa.

Separuh masa pertama :
Sepak mula dilakukan oleh penyerang licik iaitu Pocek bersama Bujal 82 yang mengetui bahagian seranagan GSN A. Robinho yang diletakkan dibahagian sayap kiri agak lemah pada awal permainan. Pemain tengah GSN A iaitu Peja banyak melakukan hantar tetapi berjaya disekat bek kental GSN B iaitu Ayeng dan Duwey. Penyerang GSN B begitu laju melakukan serangan yang diketui oleh Ariff dan Hikaru. Pertahanan GSN A bukan calang-calang yang dibarisi oleh Azrul, Zuhaili dan Mat Mie. Pertahanan GSN A banyak dikucar kacirkan oleh pemain berbisa mereka iaitu Sekut. Sekut berjaya melakukan banyak hantaran dan juga meloloskan diri dari pertahanan GSN A. Pada awal permainan penjaga gol GSN A iaitu ARumugan berjaya mengekang asakan pihak lawan tetapi akibat usia yang semakin meningkat AR telah melepaskan gol mudah dari penyerang prolifik iaitu Hikaru. Kedudukan 1-0 pada minit ke 10 ini dihasilkan apabila keadaan kelam kabut didepan gawang GSN A dan Hikaru tidak mensiakan peluang yang terhidang dengan tolakan mudah ke gawang gol. GSN A memulakan aksi seterusnya menerusi Pocek dan hasil rembakan tersebut berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol GSN B iaitu Jeffnie. Jeffnie cemerlang dengan berjaya mengekang beberapa percubaan dekat hasil cubaan Bujal82 dan Pocek. GSN B meneruskan serangan dengan Ariff berjaya meloloskan diri dari pertahanan dan kedudukan satu sama satu iaitu tidak berjaya apabila Ariff merembak tepat ke penjaga gol. AR cemerlang untuk beberapa ketika. Zuhaili masih kental kerana berjaya bertahan dari Ariff dan Hikaru. GSN A terus mengasak dan hasil rembakan kencang Hadi dikecewakan oleh Jeffnie yang sentiasa berada pada kedudukan sesuai. Sekut berjaya menjadi pemain tengah dengan baik kerana banyak umpanan dari beliau berjaya menembusi pertahanan GSN A. Semie juga antara pemain yang bebas berada dimana-mana posisi juga antara penyumbang dalam GSN B dengan hasil overlapping beliau. Asakan bertali arus dari GSN B menyebabkan pertahanan GSN A terpaksa menjatuhkan Sekut dan sepakan percuma diberikan oleh pengadil. Sekut bertanggungjawab untuk menyempurnakan sepakan percuma dan hasilnya pada minit ke 25 GSN B mendahului GSN A dengan dua gol kosong melalui sepakan percuma dari Sekut. GSN A mengeluarkan Mat Paijang kerana pemain ini begitu keletihan dan diganti dengan pemain berbisa iaitu Chikaro untuk bermain diposisi pertahanan. GSN A tidak berputus asa terus menyusun strategi dengan Pocek kembali menyengat dengan bantuan pemain sayap Sam berjaya menembusi bek kental iaitu Ayeng dan hasil kelam kabut dan tiada sefahaman antara penjaga gol menyebabkan Bujal82 mengambil peluang yang terhidang dengan tolakan lambung yang mudah untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke 30. Permainan kembali tenang dan separuh masa pertama tamat. Pemain diberikan masa rehat selama 10 minit.

Separuh Masa Kedua :
Separuh kedua bermula dengan aksi yang lebih menarik. Pertukaran juga dibuat dengan memasukkan Cupin untuk digantikan dengan Alessendro Zero yang agak kepenatan. Bek GSN B semakin kuat dengan gandingan Cupin, Ayeng dan Duwey. Tetapi hasil kelincahan Pocek dibarisan hadapan berjaya juga meloloskan diri dengan baik dan bola umpanan disiakan oleh Bujal82 serta beberapa pemain lagi. Chikaro kembali ke posisi kegemaran iaitu pemain tengah. GSN A bermain dengan 3 pertahanan tetapi masih berjaya mengekang asakan pihak lawan. Semie kembali menyengat dengan bola umpanan kelas pertama tetapi banyak disiakan oleh pemain serangan GSN B. GSN A kembali dengan penjaga gol kegemaran ramai iaitu GanuBoyz atau nama panggilan manjanya GB. GB masih cemerlang untuk pertahankan gawang dari dibolosi. GSN A masih tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan tetapi GSN B masih dahagakan gol. Akibat kelekaan pertahanan GSN B, Hikaru berjaya meloloskan diri dari Zuhaili dan Azrul dan terus memecut membawa bola ke kotak penalti. GB tidak membiarkan Hikaru membawa bola terus menerkam bola tersebut tetapi sedikit kesilapan berlaku apabila GB menerkam kaki Hikaru. GB dikenakan kad kuning dan ini telah mencacatkan rekod baik GB yang selama ini bersih. Hikaru terjatuh dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti. GSN A terpaksa merelakan sepakan tersebut dan Semie atau nama samarannya Messi mengambil sepakan penalti tersebut. Hasilnya pada minit ke 50 sepakan penalti Semie membawa kita pada tahun 1990 an dengan sepakan tinggi sama seperti sepakan Roberto Baggio. Kecewa dengan sepakan itu, Semie kembali ke posisi tengah. GSN B kembali bersemangat dan hasil sepakan percuma yang dilakukan Chikaro tepat kepada Pocek yang terus membawa bola ke depan gol. Peja yang berada pada posisi terbaik hanya menolak perlahan kepada Pocek dan akhirnya gol kontroversi berjaya dijaringkan dengan rembakan leret Pocek menyamakan kedudukan 2-2. Pemain GSN B membantah keputusan pengadil tetapi keputusan tersebut adalah muktamad. Pemain GSN B terus tertekan kerana hampir 5 kali offside dan akibat tekanan itu pemain GSN B memarahi pembantu pengadil satu iaitu Penyuz tetapi berjaya diredakan oleh samseng bola sepak iaitu Mat Paijang yang kembali masuk menggantikan Robinho. Separuh masa kedua ini agak panas dengan beberapa kekerasan berlaku ke atas pemain yang dilakukan Cupin. Bulatgetey selaku jurulatih berjaya meriuhkan keadaan dengan Cupin selalu menjadi mangsa. Pukul 6:50 petang tamatlah perlawanan antar forumer ini. (sumber www.ganusoccer.net)

Statistik Perlawanan

GSN A_____________ GSN B
45% Penguasaan Bola 55%
8__Peluang Terbaik__14
1____Kad Kuning____ 0
0____Kad Merah_____0
0_____Penalti_______1
3__Sepakan Percuma_2
3___Sepakan Sudut___5
3______Offside____ _12

Pengadil : Ariffin MBKT
Pembantu Pengadil : Penyuz a.k.a Mat Daham dan gANUBoyz


27.12.09

PhotoWar: Damia dan Aqil...Part Cuti Krismas

2 komen
Kakak : Wan Damia Safia
Umur : 3 tahun 3 bulan


Adik : Wan Aqil Darwish
Umur : 1 tahun 7 bulan



24.12.09

Separuh Penuh atau Separuh Kosong?

0 komen
Separuh Penuh atau Separuh Kosong?

Seseorang itu dikatakan seorang yang optimis jika berpendapat bahawa gambar di atas adalah gelas separuh penuh, manakala sekiranya 'gelas adalah separuh kosong' katanya, maka dia seorang yang pesimis.

Sifat-sifat OPTIMIS:-
1. Sentiasa berfikiran positif
2. Yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri
3. Berani mengambil risiko, sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan

Sifat-sifat PESIMIS:-
1. Sentiasa berfikiran negatif
2. Lemah, mudah putus asa dan kurang keyakinan diri
3. Ragu-ragu dalam membuat keputusan
4. Sentiasa mencari alasan


23.12.09

23.12.2009 Gambar Pilihan

0 komen

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar.
(Surah Al-'Asr)

17.12.09

Sukan: Malaysia rangkul emas Sukan Sea selepas 20 tahun

1 komen

Tahniah buat Malaysia.

Persembahan first half agak berserabut, dengan passing yang kurang tepat namun ketangkasan Sharbinee berjaya selamatkan Malaysia dari dibolosi. Malaysia main mungkin agak kasar dengan terjahan yang sembarangan, kadang2 terjah tak dapat bola pun, pastu mula la kelam kabut nak cover balik. Apa pun, semangat juang memang tinggi dan pertahanan, terutamanya Muslim memang mempamerkan permainan yang baik.

Second half, permainan bertambah kemas, tapi kadang2 aku pelik dengan permainan Guru. Sebagai defensive midfielder, sepatutnya dia yang cuba untuk 'win the ball' dan delay. Masalahnya, selalu sangat dia 'masuk' dan terjah terlalu cepat, senang2 je lawan beat dia. Apepun, sumbangan Guru tetap dihargai la. Serangan2 Malaysia banyak berpunca dengan kekalutan bahagian tengah Vietnam, dan direncanakan dari sebelah kanan.

Semangat goalkeeper Vietnam begitu kental walaupun alami sedikit kecederaan. Sedikit sebanyak membantu Malaysia, mungkin boleh ambil kesempatan atas kecederaan Tan Truong, goalkeeper Vietnam ni. At last, gol yang dicari2 menjelma, bukan dengan kelemahan goalkeeper Vietnam. Bermula dengan hantaran yang baik ke dalam kotak penalti dan percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan Tan Truong, bola melambung kepada Safiq yang cuba nak buat volley tapi miss kick. Mujur berjaya pegang bola balik dan lakukan inner crossing, ditampan pertahanan Vietnam, menipu Tan truong, terus ke jaring. Kedudukan kekal hingga tamat masa.

Apape pun, tahniah buat Malaysia. Semoga gaya permainan lebih baik dan semangat juang seperti ini dapat dikekalkan. Majulah sukan untuk negara.

15.12.09

Sukan: Malaysia 3 - 1 Laos

0 komen
Akhirnya Malaysia berjaya layak ke Final Sukan Sea, bakal bertemu lawan dari kumpulan yang sama, Vietnam yang berjaya tewaskan mereka 3-1 di peringkat kumpulan.




7.12.09

PhotoWar: Teaser ~ R9 Weddings

1 komen


Bridegroom: Zulkarnain a.k.a Nain
Bride: Raziatul Rashidah a.k.a Razia
Date : 06.12.2009
Place: Kg Manjoi, Ipoh, Perak

5.12.09

Cerita Buku Laporan KBSR

0 komen
Korang masih ingat buku ni?

Negeri lain dan yang jauh beza usia dengan aku, aku xpasti, tapi buku PKBS ni adalah buku yang cerita tentang rekod akademik aku setiap penggal masa sekolah rendah. Akhir penggal je, kene suruh mak bapak 'sign'.

Yang pasti, aku ada sejarah dengan buku ni. Darjah 1, dua-dua penggal aku dapat kedudukan antara 1 - 3 dalam kelas. Masuk darjah 2, mungkin kerana harapan dan kepercayaan mak bapak aku, aku berharap lagi utk dapat kedudukan yang baik. Malang tidak berbau (hehe..), aku dapat no 10/44. Punyalah ketar aku nak mintak signature bapak aku, aku cuba untuk menipu. Takut kalau dia tahu aku dapat no 10, kene kurung luar rumah la jawabnye. Tapi kalau tak pandai nak menipu tu baik tak payah. Boleh pulak aku cakap kat bapak aku dapat no 3. Memang cari nahas.

Esoknya dapat buku PKBS nak kena bagi mak bapak 'sign'. Aku pun belek-belek. Oh, ok takde tulis pun aku dapat no berapa kat situ. Sampai rumah, selamba aku bagi bapak aku tengok, dapat no 3 la katekan. Sekali lepas bapak aku bukak, dia kata " Kate buleh no 3, ni guane cikgu tulih no 10 ni?"


Malu tak tahu nak kata apa dah. Tahan telinga je la dengar bebelan. Mak bapak mana tak bengang anak nak menipu, dah la menipu, 'berigap' pulak.

Moral: Jangan sesekali menipu sebab menipu tu memang tak baik. Berdosa. Lama-lama jadi pencuri. eheheheh...

2.12.09

02.12.09 Gambar Pilihan

0 komen
"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)


1.12.09

Cerita Balik Kampung AidilAdha Part 2

0 komen
Situasi sama berlaku seperti time balik ke Kuala Terengganu 4 hari sebelumnya. Bezanya, kalau time balik KT, cuaca terang, kali ni berbeza dengan hujan sepanjang jalan dari KT sampai Kuantan. Yang pasti, jalan tetap sesak, lebih sesak dari keadaan di Kuala Lumpur. Ditambah dengan jalan yang rosak, berlubang dan sebagainya. Kemaman adalah venue utama gara-gara sebuah jambatan, aku sangkut hampir 3 jam dari Teluk Kalong nak masuk bandar Kemaman, yang biasanya ambil masa 15minit je.



Titisan hujan rahmat diiringi kesesakan.

10.00 am : Bertolak dari Kuala Terengganu
11.30 am : Tiba di Dungun, pickup member di Petronas Batu 5
12.30 pm : Tiba di Kijal, melalui kawasan jual Lemang, lebih kurang 5km sebelum simpang Bukit Kuang
1.30 pm : Masih di kawasan yang sama
2.30 pm : Masih lagi
3.00 pm : Berjaya tiba di simpang Bukit Kuang
3.30 pm : Berjaya memasuki Bandar Kemaman
9.00 pm : Tiba di Putrajaya

Jumlah masa perjalanan : 11 Jam --->>> Rekod pertama perjalanan terlambat dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur

PhotoWar: Tadika al-Ikhlas Graduation & Concert Day

2 komen





29.11.09

PhotoWar: Ujikaji - Reflection

3 komen


EXIF
Focal Length:25 mm
Aperture:f 8.0
Exposure:1/60 sec
ISO Speed:400

EXIF
Focal Length:35 mm
Aperture:f 8.0
Exposure:1/30 sec
ISO Speed:400

**D90 + Tamron 17-50mm f2.8 VC

Sedikit adjusment pada white balance dan curve

28.11.09

Cerita Balik Kampung AidilAdha

3 komen
Kerja2 balik kampung untuk Hari Raya Aidil Adha. Bertolak jam 11.30 pagi dari Taman Connought, Cheras, bajet buleh lepas doh jammed di MMR2 dengan melalui Tol dekat Bandar tun Razak, masuk SMART Tunnel - Jalan Pahang - DUKE, terus keluar kat Gombak. Sampai je tol Gombak, perkara tidak diingini berlaku.

berhampiran hentian Gombak

kilometer 23 highway kl-karak

Jalan clear balik dari Genting Sempah dan sepanjang LPT samapai Cherating walaupun banyak kenderaan. Dikhabarkan ramai rakyat Kelantan balik Kelantan melalui Kuala Terangganu. Hasilnya, dicampur dengan staff yang balik kerja di Kemaman, dan yang dalam Terengganu sendiri nak balik kampung - Jam tiba di Masjid Geliga Kemaman, 6.30 ptg baru keluar bandar Kemaman yang kebiasaanya makan masa setengah jam sahaja.

laluan Bandar Kemaman - ramai jugak yg memotong ikut kiri - bertambah sesak
pemandu sekarang makin kurang ajar

8.00 pm di Kg Nyior pun jam jugak

Sampai di rumah jam 9.30 malam, perjalanan paling lama sejak aku drive dari KL - KT (10 jam). Serik dah lepas ni kena bertolak Subuh2 lagi.

22.11.09

Airmata Ibu

7 komen

Pagi semalam, aku diajak untuk tag shoot Graduation & Concert Day 2009, Al-Ikhlas Pre Tahfiz, Pre School . Bermula jam 8 pagi sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Kami ada 5 orang yang terdiri dari 2 videographer dan 3 photographer. Cuma, walaupun aku ni cuma tag along je, ada ketikanya aku dah rase aku ni yang jadi OP..hurmm..nasibla..

Salah satu persembahan daripada kanak-kanak tadika ni adalah menyanyikan lagu khas untuk ibu mereka, lagu Airmata Ibu yang pernah dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza. Dengan iringan cd nyanyian Dato' Siti, adik-adik ni semua menyanyi, dengan gaya yang penuh menyentuh perasaan. Even aku sendiri pun tersentuh dengan pergerakan dan keikhlasan adik-adik ni menyanyikan lagu ni.



AIRMATA IBU

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu