Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

17.3.10

Antara Dulu, Kini dan Jidin

7 komen
Ini Jidin.
Umur Jidin baru lebih kurang 7-8 bulan.

Dulu Jidin ada 6 kembar.
Dulu Jidin pemalu.
Dulu Jidin putih bersih.
Dulu Jidin suka duk belakang rumah.
Dulu Jidin makan sisa-sisa je.

Kini Jidin tinggal sebatang kara.
Kini Jidin dah pandai bergurau.
Kini Jidin dah dicemari kotoran minyak 4T.
Kini Jidin lepak depan rumah.
Kini Jidin dah ada makanan sendiri, setabung.

Ibu dan adik-beradik Jidin hilang entah ke mana.
Jidin makin kuat menikus, tapi masih lagi penakut.
Lari lintang pukang bila nampak kucing lain.
Jidin dah ada tempat khas untuk buang air rekaannya sendiri.

Jidin kata dia nak jadi maskot Hari Wilayah tahun depan


15.3.10

Ini bukan Faizal Tahir

3 komen


Amacam? Ada rupa Faizal Tahir the Superman?

Ini Bro Joy - salah seorang kartunis, yang lukis potret karikatur kat Pameran Pengantin di PWTC weekend baru-baru ni.

Belah kanan ni hasil lukisan beliau. Semat jugak aku dalam bentuk kartun ni. Agak-agak berlakon ngan spongebob pon ok ni.

p/s: yang sorang lagi tu aku rasa Joy tersilap 'kepek'kan die punya hidung tu..hehe

12.2.10

7 perkara tentang MLM

2 komen
Aku bukan penggemar MLM. Bukan aku je, bahkan masih ramai lagi yang tak ambil port dalam hal MLM ni terutamanya yang mana rasa dah tertipu. So, 7 benda pasal MLM (yang menjengkelkan?):
  1. Lokasi perniagaan/permulaan/sesi suai kenal biasanya kat medium class restoran sikit..kurang2 pun kedai mamak..mesti ada wifi, mesti bawak laptop, dan ada slide presentation.

31.12.09

Banjir dalam kereta

1 komen
Dua hari lepas, aku menuju ke bengkel untuk servis kelisa gold yang dah pudar bersolekkan rim biasa yang dah xberapa nak bulat dengan tail lamp pecah sebelah. Bajet nak tukar minyak hitam je, kira minor servis je. Aku try nak servis kedai melayu kali ni, brader kelantan pemilik kedai ni yang terletak di tengah-tengah antara restoran dan kedai spare part di Taman Equine, tak jauh dari kedai makan cina yang boleh buat equine jem malam-malam. Boleh tahan tahap 'bekeng'nya terhadap mekanik2 muda dia.

Sebelum nak servis, aku cuba nak tilik-tilik harga minyak hitam yang biasa aku guna. "Kelecak!!!". Masuk sit belakang, bertakung air kat bawah! Apa hal ni! Mana bocor ni! Tak mungkin sbb hose drain bocor sebab kete aku dah 5 hari tak gerak. "Hujan berjaya menembusi kereta bukan sport aku agaknya". Abaikan dulu, aku sambung niat nak kasi sihat kereta aku tu dulu. Servis memang cepat la, tak ada customer. Daripada nak tukar minyak hitam, kene tukar getah minyak power stering pulak sebab leaking. Alang-alang kedai spare part sebelah, aku 'grab' terus 3rd party punye tail lamp yang dah lebih 6 bulan kurang kasih sayang. Kene RM40. Servis campur tukar getah tu + minyak stering + minyak hitam selepas jek2 kaw tim cakap klate sikit dengan brader kelate tu, kene RM180, murahla dari kat Perodua.

Balik aku ada misi lain. Misi menjemur. Bahan yang digunakan hanyalah Thirsty Hippo.

Sampai hari ni pun tak kering-kering jugak.

**Punca sebenar kebertakungan dan kebocoran masih dalam soal siasat

5.12.09

Cerita Buku Laporan KBSR

0 komen
Korang masih ingat buku ni?

Negeri lain dan yang jauh beza usia dengan aku, aku xpasti, tapi buku PKBS ni adalah buku yang cerita tentang rekod akademik aku setiap penggal masa sekolah rendah. Akhir penggal je, kene suruh mak bapak 'sign'.

Yang pasti, aku ada sejarah dengan buku ni. Darjah 1, dua-dua penggal aku dapat kedudukan antara 1 - 3 dalam kelas. Masuk darjah 2, mungkin kerana harapan dan kepercayaan mak bapak aku, aku berharap lagi utk dapat kedudukan yang baik. Malang tidak berbau (hehe..), aku dapat no 10/44. Punyalah ketar aku nak mintak signature bapak aku, aku cuba untuk menipu. Takut kalau dia tahu aku dapat no 10, kene kurung luar rumah la jawabnye. Tapi kalau tak pandai nak menipu tu baik tak payah. Boleh pulak aku cakap kat bapak aku dapat no 3. Memang cari nahas.

Esoknya dapat buku PKBS nak kena bagi mak bapak 'sign'. Aku pun belek-belek. Oh, ok takde tulis pun aku dapat no berapa kat situ. Sampai rumah, selamba aku bagi bapak aku tengok, dapat no 3 la katekan. Sekali lepas bapak aku bukak, dia kata " Kate buleh no 3, ni guane cikgu tulih no 10 ni?"


Malu tak tahu nak kata apa dah. Tahan telinga je la dengar bebelan. Mak bapak mana tak bengang anak nak menipu, dah la menipu, 'berigap' pulak.

Moral: Jangan sesekali menipu sebab menipu tu memang tak baik. Berdosa. Lama-lama jadi pencuri. eheheheh...

1.12.09

Cerita Balik Kampung AidilAdha Part 2

0 komen
Situasi sama berlaku seperti time balik ke Kuala Terengganu 4 hari sebelumnya. Bezanya, kalau time balik KT, cuaca terang, kali ni berbeza dengan hujan sepanjang jalan dari KT sampai Kuantan. Yang pasti, jalan tetap sesak, lebih sesak dari keadaan di Kuala Lumpur. Ditambah dengan jalan yang rosak, berlubang dan sebagainya. Kemaman adalah venue utama gara-gara sebuah jambatan, aku sangkut hampir 3 jam dari Teluk Kalong nak masuk bandar Kemaman, yang biasanya ambil masa 15minit je.



Titisan hujan rahmat diiringi kesesakan.

10.00 am : Bertolak dari Kuala Terengganu
11.30 am : Tiba di Dungun, pickup member di Petronas Batu 5
12.30 pm : Tiba di Kijal, melalui kawasan jual Lemang, lebih kurang 5km sebelum simpang Bukit Kuang
1.30 pm : Masih di kawasan yang sama
2.30 pm : Masih lagi
3.00 pm : Berjaya tiba di simpang Bukit Kuang
3.30 pm : Berjaya memasuki Bandar Kemaman
9.00 pm : Tiba di Putrajaya

Jumlah masa perjalanan : 11 Jam --->>> Rekod pertama perjalanan terlambat dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur

20.11.09

Stay Up - Melayu tolong melayu

6 komen

Stay Up - suku kata yang memang tidak asing lagi dalam dunia study. Luang masa sket untuk stay up malam ni, pekena Milo 3 dalam 1 dalam gelas Maybank sambil baca2 sket advanced user guide Nikon D90. Tanbah pengetahuan. Kira ilmiah la juga. Sambil tu aku test satu dua shot dengan kehadiran lens baru - Tamron 17-50mm f2.8 VC

ISO 400, f2.8 @ 1/8s

Handheld pada 1/8s? Still sharp. Memang aku puas hati dengan pembelian lens ni. Cerita pasal pembelian lens ni, ade kisah tentang 'melayu tolong melayu'. Aku rasa macam istilah ni kurang boleh digunapakai. Ada ke melayu tolong melayu? Byk yang lebih dengki dan tak nak bagi kerjasama je.

Contoh mudah: pembelian lens aku ni. At first, aku nak beli kat satu kedai melayu - sms langsung tak berbalas (dua no hp berbeza pulak tu), call kedai, bunyi line internet je memanjang, email, private message semua tak berbalas. So, macamana melayu nak tolong melayu kalau melayu sendiri tak nak berusaha untuk ditolong oleh melayu lain? Segelintir je macam ni aku rasa. Tapi macamana melayu nak maju macam ni? Just my 2 cents.

Berbalik kepada hadirnya buah hati baru aku ni, aku buatla Focus Test, untuk pastikan lens ni dalam keadaan yang sepatutnya. Hasilnya...

ISO 400, f2.8 @ 1/25s

19.11.09

Satu Cerita: Apa kamu akan buat kalau...

0 komen
Apa kamu akan buat kalau kamu dalam situasi di bawah.....

1. Kamu bawa kereta pergi kerja

2. Waktu punch card kamu 8.30 pagi dan kamu sedang dalam perjalanan yg dalam masa 10 minit lagi akan sampai

3. Tiba2 kamu sedar minyak kereta dah di hujung nyawa, stesen minyak di tempat kerja paling terdekat

4. Tiba2 jalan jammed yang sangat teruk, tanpa diketahui sebab2nya..bergerak sikit2 je dan masih ada dalam 4-5 km utk sampai stesen minyak..mmg kamu dah tak boleh ke mana2...

17.11.09

Satu Cerita: The Mayonnaise Jar

0 komen
Puas-puas aku duk godek2 email aku yang penuh ngan email notification dari facebook, aku bukak email dari seorang kawan..sekadar nak berkongsi di sini..

THE MAYONNAISE JAR

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee..

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand... The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions ˆ
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner...

There will always be time to clean the house and fix the disposal...

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'