1.1.10

Salam Tahun Baru 2010

Salam tahun baru masihi 2010. Putrajaya penuh sesak malam ni walaupun tanpa bunga api. Semua seperti tertipu tahap gaban 18, turun ke Putrajaya dengan harapan akan ada bunga api. Anak muda, pakcik tua, anak-anak kecil, semuanya pulang hampa.

Sebut je tahun baru, semua ada azam. Sama ke dengan azam tahun baru hijrah baru-baru ni? Atau memang takde azam apa-apa time tahun baru hijrah yang baru dua minggu lepas. Bagi aku, 'azam tahun baru' sekarang sudah menjadi kebiasaan, yang mana di akhir tahun, ingat dan sedarkah kita akan azam yang telah ditanam di awal tahun? Tercapaikah? Kalau belum, apakah azam yang sama akan diulangi? Ada buat post mortem nape tak tercapai?

Tidak pernah ada azam tahun baru bagi aku; kerana harapan dan doa aku moga-moga hari akan datang, bulan akan datang, tahun akan datang akan lebih baik. Semoga tahun akan datang akan lebih bermakna, dan kita akan lebih tabah dan kuat mengharungi liku-liku hidup dan ujian daripadaNya. Semoga apa yang dikerjakan pada tahun ini akan sentiasa dibertkati. Amin.

LIVE BETTER EVERYDAY, LIVE BETTER FOR THE FUTURE, LIVE HAPPILY, LIVE STRONG!


SALAM TAHUN BARU MASIHI 2010!

No comments: