8.1.10

Fotografi: Shutter Speed

Shutter speed merupakan satu daripada 3 elemen yang mempengaruhi dedahan (exposure) selain Aperture dan ISO. Shutter adalah katupan atau bidai yang dibuka dan ditutup semasa sesuatu imej dirakam.

Definisi mudah - tempoh masa bukaan bidai (shutter) ini sehingga ianya ditutup.

Jika masa diukur dalam saat, minit, jam dan sebagainya, shutter speed diukur dalam unit saat (seconds). Shutter speed boleh selaju 1/2000s sehingga seperlahan 10, 15, 30s (sebagai contoh, tidak semestinya yang dinyatakan adalah yang paling laju dan paling slow)
fast shutterslow shutter


Konsep shutter speed

1. Merakam pergerakan

Shutter yang laju akan dapat merakam pergerakan dengan memegunkan subjek dan menjadikan gambar tersebut jelas. Kebiasaannya, jika kita nak rakam gambar kereta bergerak, orang bergerak dan nak tunjukkan gambar kereta/orang tersebut jelas, kita akan gunakan shutter speed yang laju. Kebiasaannya, shutter speed yang laju digunakan untuk memegunkan aksi terutamanya dalam sukan. Kebiasaannya adalah 1/250s ke atas.

1/500s - memegunkan pergerakan 1/30s - pergerakan ombak dapat diserlahkan

Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan gambar tersebut 'blur'/tidak jelas dan seperti ada movement. Kelebihan shutter speed yang perlahan adalah untuk menunjukkan pergerakan (movement), contohnya air terjun, lalulintas kenderaan dan sebagainya.

Namun begitu, ada satu teknik yang dipanggil PANNING iaitu kita boleh pegunkan subjek tetapi gambar tersebut menunjukkan satu pergerakan hanya dengan menggunakan shutter speed yang rendah.

Teknik Panning

2. Cahaya

Makin perlahan shutter speed, lebih banyak cahaya yang terdedah. Dalam situasi ini, kita boleh gunakan aperture yang kecil, atau ISO yang rendah. Shutter speed yang perlahan akan menyebabkan tempoh bermula bidai (shutter) dibuka hingga ditutup adalah lama. Ini membolehkan cahaya masuk lebih banyak semasa foto dirakam.

Saya ambil contoh mudah. Paip air. Apabila paip air dibuka untuk tempoh yang lama, jumlah air yang keluar adalah lebih banyak berbanding sekiranya paip air dibuka untuk tempoh yang pendek, maka jumlah air yang keluar adalah sedikit. Di sini, paip air adalah shutter dan air itu sendiri adalah cahaya.


Perkara yang perlu ingat tentang shutter speed

1. Shutter speed maksimum ketika 'handheld' biasanya pada 1/60s bergantung kepada kekuatan dan kestabilan tangan jurukamera. Ini akan dapat mengelakkan gegaran (vibration) yang boleh menyebabkan gambar kabur dan tidak 'sharp'. Namun, zaman sekarang dah ada lens VR (Vibration Reduction - Nikon) / IS (Image Stabiliser - Canon) / OS (Optical Stabilizer - Sigma) / VC (Vibration Controller - Tamron) atau yang seumpama dengannya yang mana boleh mngurangkan sehingga 4 stop dalam shutter speed, memungkinkan gambar masih sharp untuk handheld pada 1/8s.

2. Gunakan tripod untuk shutter speed yang perlahan (1/60s ke bawah). Antara gambar yang biasanya dirakam menggunakan shutter speed yang perlahan adalah light trails dan air terjun yang mananak tunjukkan aliran air yang laju.
Menggunakan tripod - ISO 100; f11; shutter 8s

3. Panjang fokus (focal length) mempengaruhi shutter speed. Kita harus mengambil kira panjang fokus untuk menentukan shutter speed. Ini dipanggil 'rule of thumb'. Rule of thumb ialah memilih nilai penyebut shutter speed lebih tinggi dari nilai panjang fokus. Sebagai contoh, sekiranya panjang fokus adalah 200mm, makan rule of thumb memilih shutter speed pada 1/250s.

Semoga apa yang ditulis menberikan manfaat untuk sesiapa sahaja yang menjadikan rujukan. Kalau ada yang tak betul, mintak tolong maklumkan.

BEREH!!!

2 comments:

ibu damia said...

woww....good info ni...memang nak belajar pasal shutter speed pun ni.....thanks....

Duwey said...

sama2 blaja ibu damia..