10.1.10

Asas Fotografi: Depth of Field

Depth of field - ruangan / kawasan di mana subjek dalam keadaan fokus. Juga boleh ditakrifkan sebagai jarak ketajaman (sharpness) subjek atau kawasan ketajaman subjek yang boleh diterima.

Sesuatu lens boleh fokus secara tepat / tajam (sharp) hanya pada satu jarak/ruang/kawasan pada satu-satu masa. Kawasan yang di luar depth of field ini dikenali sebagai "circles of confusion" iaitu bokeh.

Jumlah kawasan / jarak dalam keadaan fokus ini tidak tetap. Ini bergantung kepada 3 perkara iaitu:-

1. Aperture
2. Jarak fokus dari kamera
3. Panjang fokus (focal length)

1. Aperture

Pada keempat-empat rajah di bawah, setiap gambar menggunakan aperture yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan Depth of Field. Untuk mendapat exposure yang betul, sudah pasti shutter speed di'adjust' mengikut perubahan aperture. ISO constant, titik fokus juga ditetapkan pada objek paling depan iaitu askar coklat.Harap mudah untuk difahami.

Sepertimana dalam nota Aperture, dan berdasarkan gambar di atas, kita boleh lihat bahawa semakin kecil aperture,semakin luas depth of field.

Pada f2.8 - depth of field hanya merangkumi ruang objek no 1, boleh lihat hanya objek paling depan yang sharp manakala objek lain totally blur / out of focus.

Pada f5.6 - ruang out of focus pada objek kedua makin berkurang, dan objek kedua kurang blur berbanding pada f2.8. Depth of field semakin luas berbanding f2.8.

Pada f22 - kesemua objek kelihatan sharp. Depth of field yang luas.

2. Jarak fokus dengan kamera

Jarak fokus ini adalah jarak antara subjek yang difokus dengan lens. Gambar di bawah menerangkan lebih lanjut. Ketiga-tiga gambar di bawah dirakam pada ISO, aperture, focal length dan shutter speed yang sama kecuali titik fokus yang diubah. ISO 800, f2.8, 1/1000s, focal length 25mm.

Gambar 1: Jarak fokus adalah dari lens hingga objek paling depan. Fokus pada objek paling depan menyebabkan objek tersebut nampak tajam (sharp), awalaupun objek kedua tidak sharp, tetapi masih boleh dikenalpasti.

Gambar 2: Titik fokus adalah objek di tengah, menjadikan objek di tengah 'in focus'. Perasan tak bahawa objek di belakang kurang 'blur' berbanding objek di depan.

Gambar 3: Objek paling belakang difokuskan dan nampak sharp. Objek paling depan nampak lebih 'out of focus' berbanding objek di tengah.

3. Panjang Fokus

Gambar-gambar askar di bawah diambil pada satu jarak yang sama untuk ketiga-tiga gambar; lebih kurang 2 kaki, semuanya menggunakan aperture f5.6. Perubahan pada panjang fokus (focal length) akan memberikan kesan kepada depth of field gambar tersebut. Titik fokus adalah pada askar warna coklat.

Pada focal length 17mm; keseluruhan (ketiga-tiga askar) gambar nampak tajam (sharp) dan dalam fokus.

Pada focal length 28mm; depth of field kelihatan makin sempit, sebahagian askar kuning dan hijau telah wujud "circles of confusion". Kawasan yang sharp makin sedikit.

Pada focal length 50mm; objek yang berada di belakang objek paling depan nampak di luar fokus. Hanya askar paling depan yang kelihatan sharp. Ruang objek dalam keadaan fokus makin sempit.
______________________________________________________________________________________

Rasanya, itulah secara ringkas tentang DOF ni. Ketiga-tiga perkara yang mempengaruhi DOF ini berkaitan antara satu sama lain dalam menentukan DOF luas atau sempit. Bergantung kepada macamana kita mahu hasilkan DOF dalam foto.

Masih banyak lagi perkara-perkara berkaitan DOF ni. InsyaAllah, bila saya dah faham nanti saya sambung lagi. Ini adalah secara asasnya sahaja mengikut pemahaman saya. Kalau ada yang silap, harap boleh bagi komen untuk diperbetulkan. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ilmu yang tidak seberapa ni.

**Hasil tulisan nota ini adalah bersumberkan beberapa bahan bacaan daripada digital-photography-school, Adhadi, Dr Faisal, sebuah buku John Hedgecoe, dan beberapa majalah Digital Camera. Terima kasih di atas perkongsian ilmu kalian

2 comments:

CIKGU NAMAN said...

teruskan berkongsi duwang..hehe

e.l.i.z.@ said...

oo gitu...
sy ni nk kena baca sokmo baru igt..tahu konsep asas tp gak gitu la, sokmo x igt hehhehe berat ah gini