Bukan salah hang Halim...
Fakta-Fakta sebelum dan semasa perlawanan:-
- Jalan sesak sekitar Bukit Jalil bermula tengahari. Terdapat penyokong Kelantan yang memenuhi kedai2 makan tengahari lengkap memakai jersi dan membawa bendera THE REDS.
- Lebih kurang 70% daripada Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi penyokong THE REDS.
- Seawal perlawanan bermula, kedengaran sorakan "Gomo Kelate Gomo" oleh Kelantan fans.
- Asal je Negeri Sembilan dapat corner kick, ade je botol dibaling.
- Dua gol Negeri Sembilan adalah kesilapan pemain muda berusia 19 tahun.
- Satu daripada gol dijaringkan oleh pemain kelahiran Terengganu. Terdapat sekurang2nya 3 pemain kelahiran Terengganu dalam perlawanan ini.
- Kelantanese mula keluar stadium selepas gol ketiga Nogori - time tu perlawanan baru masuk minit 63.
- Rata-rata game dikuasai Negeri Sembilan, kecuali selepas gol ketiga yang nampak lebih seimbang. Memang permainan 'Hobin' lebih teratur dan terancang berbanding 'Gomo'. 'Gomo' seperti hilang punca, setiap passing memang xmasuk akal la - tiada kreativiti. Kelantan juga nampaknya main lebih kasar dengan terjahan-terjahan merbahaya.
- Situasi selepas gol ketiga agak huru-hara, mercun dilontar, dibakar, kain rentang dibakar.
- Nampaknya, jalan akan lebih awal sesak malam ni sbb ramai penyokong yang dah keluar awal.
- Dalam ketenggelaman Indraputra, akhirnya dia berjaya gak score gol freekick yg kalau Andy Gray pengulas bola BPL kata "Quality, absolutely quality"..tapi sayang sudah terlambat.
Nampaknya, mentaliti fan2 di Malaysia ni masih tak berubah. Team kalah je, nak membakar, create huru-hara, baling botol..Stadium dah nampak macam tempat pelupusan sampah ngan botol-botol berkeliaran sekitar balapan. Aku tak tujukan perkara ni kepada Kelantan, tapi kepada semua fan2 bola di Malaysia. Be professional. Negeri Sembilan memang main bagus dan kita patut puji permainan mereka. Menang kalah adat permainan.
Tahniah buat Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia. Tahniah buat Kelantan berjaya ke final. OK la tu, at least dah dapat RM66 ribu seorang kan. Tahniah buat penyokong2 yang sanggup datang memberikan sokongan, terutamanya penyokong Kelantan..8 jam perjalanan maaa..
2 comments:
halim napi nk pencen da taun dpn, nk jga cucu dia lak,haha
kecewa betul die..
Post a Comment