29.11.09

PhotoWar: Ujikaji - Reflection

3 komen


EXIF
Focal Length:25 mm
Aperture:f 8.0
Exposure:1/60 sec
ISO Speed:400

EXIF
Focal Length:35 mm
Aperture:f 8.0
Exposure:1/30 sec
ISO Speed:400

**D90 + Tamron 17-50mm f2.8 VC

Sedikit adjusment pada white balance dan curve

28.11.09

Cerita Balik Kampung AidilAdha

3 komen
Kerja2 balik kampung untuk Hari Raya Aidil Adha. Bertolak jam 11.30 pagi dari Taman Connought, Cheras, bajet buleh lepas doh jammed di MMR2 dengan melalui Tol dekat Bandar tun Razak, masuk SMART Tunnel - Jalan Pahang - DUKE, terus keluar kat Gombak. Sampai je tol Gombak, perkara tidak diingini berlaku.

berhampiran hentian Gombak

kilometer 23 highway kl-karak

Jalan clear balik dari Genting Sempah dan sepanjang LPT samapai Cherating walaupun banyak kenderaan. Dikhabarkan ramai rakyat Kelantan balik Kelantan melalui Kuala Terangganu. Hasilnya, dicampur dengan staff yang balik kerja di Kemaman, dan yang dalam Terengganu sendiri nak balik kampung - Jam tiba di Masjid Geliga Kemaman, 6.30 ptg baru keluar bandar Kemaman yang kebiasaanya makan masa setengah jam sahaja.

laluan Bandar Kemaman - ramai jugak yg memotong ikut kiri - bertambah sesak
pemandu sekarang makin kurang ajar

8.00 pm di Kg Nyior pun jam jugak

Sampai di rumah jam 9.30 malam, perjalanan paling lama sejak aku drive dari KL - KT (10 jam). Serik dah lepas ni kena bertolak Subuh2 lagi.

22.11.09

Airmata Ibu

7 komen

Pagi semalam, aku diajak untuk tag shoot Graduation & Concert Day 2009, Al-Ikhlas Pre Tahfiz, Pre School . Bermula jam 8 pagi sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Kami ada 5 orang yang terdiri dari 2 videographer dan 3 photographer. Cuma, walaupun aku ni cuma tag along je, ada ketikanya aku dah rase aku ni yang jadi OP..hurmm..nasibla..

Salah satu persembahan daripada kanak-kanak tadika ni adalah menyanyikan lagu khas untuk ibu mereka, lagu Airmata Ibu yang pernah dinyanyikan Dato' Siti Nurhaliza. Dengan iringan cd nyanyian Dato' Siti, adik-adik ni semua menyanyi, dengan gaya yang penuh menyentuh perasaan. Even aku sendiri pun tersentuh dengan pergerakan dan keikhlasan adik-adik ni menyanyikan lagu ni.



AIRMATA IBU

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

PhotoWar: Sekitar Sarawak

0 komen

Rumah Panjang di Sg Kapit

Sibu Wharf + Kapit Ekspres Kapit Wharf

Where to from Sibu Wharf?

[WTS] Ayam hidup di Pasar Sibu


20.11.09

Stay Up - Melayu tolong melayu

6 komen

Stay Up - suku kata yang memang tidak asing lagi dalam dunia study. Luang masa sket untuk stay up malam ni, pekena Milo 3 dalam 1 dalam gelas Maybank sambil baca2 sket advanced user guide Nikon D90. Tanbah pengetahuan. Kira ilmiah la juga. Sambil tu aku test satu dua shot dengan kehadiran lens baru - Tamron 17-50mm f2.8 VC

ISO 400, f2.8 @ 1/8s

Handheld pada 1/8s? Still sharp. Memang aku puas hati dengan pembelian lens ni. Cerita pasal pembelian lens ni, ade kisah tentang 'melayu tolong melayu'. Aku rasa macam istilah ni kurang boleh digunapakai. Ada ke melayu tolong melayu? Byk yang lebih dengki dan tak nak bagi kerjasama je.

Contoh mudah: pembelian lens aku ni. At first, aku nak beli kat satu kedai melayu - sms langsung tak berbalas (dua no hp berbeza pulak tu), call kedai, bunyi line internet je memanjang, email, private message semua tak berbalas. So, macamana melayu nak tolong melayu kalau melayu sendiri tak nak berusaha untuk ditolong oleh melayu lain? Segelintir je macam ni aku rasa. Tapi macamana melayu nak maju macam ni? Just my 2 cents.

Berbalik kepada hadirnya buah hati baru aku ni, aku buatla Focus Test, untuk pastikan lens ni dalam keadaan yang sepatutnya. Hasilnya...

ISO 400, f2.8 @ 1/25s

19.11.09

PropagandaBox: Kad Undangan Perkahwinan

0 komen
Propagandabox dengan ini memperkenalkan produk pertamanya iaitu kad undangan perkahwinan.

Kami mengutamakan:-

  1. Custom Design - Rekabentuk kad boleh diubah mengikut citarasa anda. Boleh masukkan gambar, kartun, dsb. Design akan dibuat melaui perbincangan desidnger dan pelanggan. On the spot skecth!
  2. 3D Mapping - peta rumah pengantin dbuat dalam bentuk 3D, lebih menarik..lebih cantik..istimewa untuk anda menjelang hari bahagia anda


Just show us the way, we show it in our way!

Kami akan pastikan semuanya istimewa di hari istimewa anda


Black and White with 3D maps in tracing paper


Simple but meaningful

New modern style with caricature

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Ridzuan @ 012 9617156 atau layari www.kahwin.propagandabox.com untuk contoh dan sampel-sampel lain

Satu Cerita: Apa kamu akan buat kalau...

0 komen
Apa kamu akan buat kalau kamu dalam situasi di bawah.....

1. Kamu bawa kereta pergi kerja

2. Waktu punch card kamu 8.30 pagi dan kamu sedang dalam perjalanan yg dalam masa 10 minit lagi akan sampai

3. Tiba2 kamu sedar minyak kereta dah di hujung nyawa, stesen minyak di tempat kerja paling terdekat

4. Tiba2 jalan jammed yang sangat teruk, tanpa diketahui sebab2nya..bergerak sikit2 je dan masih ada dalam 4-5 km utk sampai stesen minyak..mmg kamu dah tak boleh ke mana2...

17.11.09

Satu Cerita: The Mayonnaise Jar

0 komen
Puas-puas aku duk godek2 email aku yang penuh ngan email notification dari facebook, aku bukak email dari seorang kawan..sekadar nak berkongsi di sini..

THE MAYONNAISE JAR

When things in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee..

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand... The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions ˆ
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner...

There will always be time to clean the house and fix the disposal...

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

13.11.09

PhotoWar: Putih-Putih

5 komen
Kucing lagi..putih-putih..



Fotografi: 'Newbies'@Mentah

3 komen

Salam...

Secara kasar, aku belajar pegang kamera sejak tahun 1992. Tapi, semua main tangkap je, janji masuk frame. Tahun 2007, aku berjaya memiliki kamera sendiri, Fujifilm digital compact. Time ni, yg aku tahu, megapiksel yang besar adalah yang terbaik selain function2 lain. Shoot foto? masih sama macam dulu, asal tangkap muat, tak tahu apa cerita dengan exposure, framing dan lain-lain.

2009 adalah permulaan sebenar aku dalam bidang fotografi ni. minat yg memang dah ada terhadap foto-foto yang cantik, dan penuh makna semakin meningkat. Berbekalkan modal yang ada, aku grab D60 dengan kitlens time tu, mula belajar tentang 3 elemen utama fotografi - ISO, aperture dan shutter speed, selain exposure. Tapi mind set aku mungkin belum berubah. Masih sibuk shoot, shoot, dan shoot tanpa memahami mcmana penghasilan gambar yang baik berlaku. Cuma bezanya, aku dah tahu beberapa term dalam fotografi ni - bokeh, RO3, composition dan lain2.

Gambar perhiasan - early stages: exposure entah ke mana....

Disebabkan sifat eager aku, aku jual D60 untuk beli D90..salah satu sbb adalah aku nk beli prime lens yang mana xleh autofocus dengan D60. Walhal, 70% dari function D60 tu sikit pon aku tak tahu.

Jadi, buat semua newbies/pengguna baru, nasihat aku sebagai seorang yang dah melalui semua ni, guna dulu apa yang ada sebaiknya hinggalah dah fully utilized baru tukar alat baru. Takpun, kalau nak beli, simpan duit dulu, terus beli yang intermediate model. At least korang tak rugi, tak rugi dalam pembelian yg basic, then 2,3 bulan pakai jual untuk beli yang intermediate. Just my 2 cents.

Cerita pasal D90 ni, aku beli terus dengan flash - SB600 kerana flash memang penting. Fotografi adalah berkenaan dengan cahaya, maka, sumber cahaya tambahan tu penting dlm fotografi. Satu lagi nasihat, beli flash dulu sebelum beli lens. Kitlens sudah cukup baik untuk beginner. Aku pun masih newbies, masih belajar, dan akan terus belajar.

Regards,
WAR
012.921.1991

10.11.09

Kasih Ibu

0 komen

KASIH IBU....

Kucing ni ada kat belakang rumah aku, baru 2 minggu die dapat anak-anak, 6 semuanya..putih belaka memang comel la..Masih belum berkesempatan untuk kumpulkan keenam-enam kembar ini utk group photo..




7.11.09

Sukan: Final Piala Malaysia 2009

2 komen
Bukan salah hang Halim...

Fakta-Fakta sebelum dan semasa perlawanan:-
  • Jalan sesak sekitar Bukit Jalil bermula tengahari. Terdapat penyokong Kelantan yang memenuhi kedai2 makan tengahari lengkap memakai jersi dan membawa bendera THE REDS.
  • Lebih kurang 70% daripada Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi penyokong THE REDS.
  • Seawal perlawanan bermula, kedengaran sorakan "Gomo Kelate Gomo" oleh Kelantan fans.
  • Asal je Negeri Sembilan dapat corner kick, ade je botol dibaling.
  • Dua gol Negeri Sembilan adalah kesilapan pemain muda berusia 19 tahun.
  • Satu daripada gol dijaringkan oleh pemain kelahiran Terengganu. Terdapat sekurang2nya 3 pemain kelahiran Terengganu dalam perlawanan ini.
  • Kelantanese mula keluar stadium selepas gol ketiga Nogori - time tu perlawanan baru masuk minit 63.
  • Rata-rata game dikuasai Negeri Sembilan, kecuali selepas gol ketiga yang nampak lebih seimbang. Memang permainan 'Hobin' lebih teratur dan terancang berbanding 'Gomo'. 'Gomo' seperti hilang punca, setiap passing memang xmasuk akal la - tiada kreativiti. Kelantan juga nampaknya main lebih kasar dengan terjahan-terjahan merbahaya.
  • Situasi selepas gol ketiga agak huru-hara, mercun dilontar, dibakar, kain rentang dibakar.
  • Nampaknya, jalan akan lebih awal sesak malam ni sbb ramai penyokong yang dah keluar awal.
  • Dalam ketenggelaman Indraputra, akhirnya dia berjaya gak score gol freekick yg kalau Andy Gray pengulas bola BPL kata "Quality, absolutely quality"..tapi sayang sudah terlambat.
Nampaknya, mentaliti fan2 di Malaysia ni masih tak berubah. Team kalah je, nak membakar, create huru-hara, baling botol..Stadium dah nampak macam tempat pelupusan sampah ngan botol-botol berkeliaran sekitar balapan. Aku tak tujukan perkara ni kepada Kelantan, tapi kepada semua fan2 bola di Malaysia. Be professional. Negeri Sembilan memang main bagus dan kita patut puji permainan mereka. Menang kalah adat permainan.

Tahniah buat Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia. Tahniah buat Kelantan berjaya ke final. OK la tu, at least dah dapat RM66 ribu seorang kan. Tahniah buat penyokong2 yang sanggup datang memberikan sokongan, terutamanya penyokong Kelantan..8 jam perjalanan maaa..

PropagandaBox

0 komen
PRESENTING.....

Some Quotes on Photography

0 komen
Antara kata-kata dari Otai2 photography yang menunjukkan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan bukan kerana kamera yang mahal, lens yang canggih, tetapi adalah kerana kualiti individu di belakang kamera tersebut yang ada kreativiti, asas yang lengkap, planning dan teknik2 yang baik.

"Cameras don't take photos, people do" - Harold Davis

"You don't take photograph, you make it" - Ansel Adams

"Maybe because it's entirely an artist's eye, patience and skill that makes an image and not his tools" - Ken Rockwell



6.11.09

Fotografi: My Gear - Tamron 18-200mm

2 komen
Salah satu daripada 2 lens yg aku ada, AF18-200mm F/3.5-6.3 XR Di-II LD Aspherical (IF) Macro. Usianya adalah lebih kurang 5-6 bulan. Lens ni ada built in motor, dan mengikut mengikut sesetengah review, sharpness lens ni memang superb!!!



Nape aku amik gambar lens ni, then post kat sini? Bukan sebab nak jual. Cuma, aku testing CLS je, so subjeknya aku amik lens Tamron ni la...huhuhu..Amacam? Ok tak?

4.11.09

Sukan: Antara Toyota dan Malaysia

1 komen

Hari ini, Toyota mengisytiharkan untuk menarik diri dari acara lumba kereta Formula 1 tahun hadapan untuk fokus kepada core business mereka, dan unutk mengurangkan perbelanjaan. Penarikan diri Toyota adalah yang ketiga selepas Honda dan BMW pada tahun ini. Bermakna takkan ada konstuktor dari Jepun lagi dalam dunia F1 tahun depan. Toyota ni manufacturer motokar terbesar di dunia.

Ini kaitannya dengan Malaysia....
Malaysia sibuk-sibuk nak masuk F1 pulak. Betulkan dulu la kereta2 nasional ni. Kualiti kena kasi naik dulu. Pendapat anda?