29.12.09

GSNMajlis Anugerah Pemain Pilihan

Majlis Anugerah Pemain Pilihan GSN untuk pasukan Terengganu dan T-Team bagi tahun 2009 (fans player of the year versi Malaysia)

Tarikh : 26 Disember 2009
Tempat : Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS)

Aktiviti julung-julung kali diadakan oleh warga forumer GSN untuk mengiktiraf pemain yang paling cemerlang pada musim Liga Super dan Piala Malaysia dan kejohanan lain sepanjang tahun. Majlis berjalan lancar serba ringkas dengan kehadiran kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusoff dan Mohd Ashaari Shamsuddin a.k.a Saha selaku penerima anugerah masing-masing untuk tahun 2009 dan 2008.

Untuk T-Team, pemenang anugerah adalah Hairuddin Omar, tapi tidak dapat hadir kerana dikhabarkan sedang mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan barunya, Kelantan.

Marzuki Yusoff - 2009__________________________Ashaari Shamsuddin - 2008

Antara forumer GSN yang hadir

Sejurus selepas majlis, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara ahli-ahli forumer yang telah dibahagikan kepada dua pasukan. Berikut adalah ulasan dari "Hasbullah Awang" GSN, Chikaro:-

GSN A (2) - Bujal82, Pocek
GSN B (2) - Hikaru46, Sekut

Perlawanan bermula agak lewat seperti yang dirancang. Pengadil memulakan perlawanan pada pukul 5:45 petang dan pasukan GSN A diberi penghormatan melakukan sepak mula. Barisan pertama GSN A adalah AR,Zuhaili,Azrul,Mat Mie,Mat Paijang,Peja,Hadi,Pocek,Bujal82,Sam dan Robinho. Barisan GSN B pula dibarisi pemain hebat yang terdiri daripada Jeffnie,Duwey,Ayeng,Rabbani,Zero,Hikaru46,Ariff,Sekut,Semie,Hamzi dan Zahar. Barisan simpanan GSN A ialah Chikaro dan Daniel dan GSN B ialah Taichiro dan Cupin. Permainan berlangsung selama 35 minit setiap separuh masa.

Separuh masa pertama :
Sepak mula dilakukan oleh penyerang licik iaitu Pocek bersama Bujal 82 yang mengetui bahagian seranagan GSN A. Robinho yang diletakkan dibahagian sayap kiri agak lemah pada awal permainan. Pemain tengah GSN A iaitu Peja banyak melakukan hantar tetapi berjaya disekat bek kental GSN B iaitu Ayeng dan Duwey. Penyerang GSN B begitu laju melakukan serangan yang diketui oleh Ariff dan Hikaru. Pertahanan GSN A bukan calang-calang yang dibarisi oleh Azrul, Zuhaili dan Mat Mie. Pertahanan GSN A banyak dikucar kacirkan oleh pemain berbisa mereka iaitu Sekut. Sekut berjaya melakukan banyak hantaran dan juga meloloskan diri dari pertahanan GSN A. Pada awal permainan penjaga gol GSN A iaitu ARumugan berjaya mengekang asakan pihak lawan tetapi akibat usia yang semakin meningkat AR telah melepaskan gol mudah dari penyerang prolifik iaitu Hikaru. Kedudukan 1-0 pada minit ke 10 ini dihasilkan apabila keadaan kelam kabut didepan gawang GSN A dan Hikaru tidak mensiakan peluang yang terhidang dengan tolakan mudah ke gawang gol. GSN A memulakan aksi seterusnya menerusi Pocek dan hasil rembakan tersebut berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol GSN B iaitu Jeffnie. Jeffnie cemerlang dengan berjaya mengekang beberapa percubaan dekat hasil cubaan Bujal82 dan Pocek. GSN B meneruskan serangan dengan Ariff berjaya meloloskan diri dari pertahanan dan kedudukan satu sama satu iaitu tidak berjaya apabila Ariff merembak tepat ke penjaga gol. AR cemerlang untuk beberapa ketika. Zuhaili masih kental kerana berjaya bertahan dari Ariff dan Hikaru. GSN A terus mengasak dan hasil rembakan kencang Hadi dikecewakan oleh Jeffnie yang sentiasa berada pada kedudukan sesuai. Sekut berjaya menjadi pemain tengah dengan baik kerana banyak umpanan dari beliau berjaya menembusi pertahanan GSN A. Semie juga antara pemain yang bebas berada dimana-mana posisi juga antara penyumbang dalam GSN B dengan hasil overlapping beliau. Asakan bertali arus dari GSN B menyebabkan pertahanan GSN A terpaksa menjatuhkan Sekut dan sepakan percuma diberikan oleh pengadil. Sekut bertanggungjawab untuk menyempurnakan sepakan percuma dan hasilnya pada minit ke 25 GSN B mendahului GSN A dengan dua gol kosong melalui sepakan percuma dari Sekut. GSN A mengeluarkan Mat Paijang kerana pemain ini begitu keletihan dan diganti dengan pemain berbisa iaitu Chikaro untuk bermain diposisi pertahanan. GSN A tidak berputus asa terus menyusun strategi dengan Pocek kembali menyengat dengan bantuan pemain sayap Sam berjaya menembusi bek kental iaitu Ayeng dan hasil kelam kabut dan tiada sefahaman antara penjaga gol menyebabkan Bujal82 mengambil peluang yang terhidang dengan tolakan lambung yang mudah untuk merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke 30. Permainan kembali tenang dan separuh masa pertama tamat. Pemain diberikan masa rehat selama 10 minit.

Separuh Masa Kedua :
Separuh kedua bermula dengan aksi yang lebih menarik. Pertukaran juga dibuat dengan memasukkan Cupin untuk digantikan dengan Alessendro Zero yang agak kepenatan. Bek GSN B semakin kuat dengan gandingan Cupin, Ayeng dan Duwey. Tetapi hasil kelincahan Pocek dibarisan hadapan berjaya juga meloloskan diri dengan baik dan bola umpanan disiakan oleh Bujal82 serta beberapa pemain lagi. Chikaro kembali ke posisi kegemaran iaitu pemain tengah. GSN A bermain dengan 3 pertahanan tetapi masih berjaya mengekang asakan pihak lawan. Semie kembali menyengat dengan bola umpanan kelas pertama tetapi banyak disiakan oleh pemain serangan GSN B. GSN A kembali dengan penjaga gol kegemaran ramai iaitu GanuBoyz atau nama panggilan manjanya GB. GB masih cemerlang untuk pertahankan gawang dari dibolosi. GSN A masih tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan tetapi GSN B masih dahagakan gol. Akibat kelekaan pertahanan GSN B, Hikaru berjaya meloloskan diri dari Zuhaili dan Azrul dan terus memecut membawa bola ke kotak penalti. GB tidak membiarkan Hikaru membawa bola terus menerkam bola tersebut tetapi sedikit kesilapan berlaku apabila GB menerkam kaki Hikaru. GB dikenakan kad kuning dan ini telah mencacatkan rekod baik GB yang selama ini bersih. Hikaru terjatuh dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti. GSN A terpaksa merelakan sepakan tersebut dan Semie atau nama samarannya Messi mengambil sepakan penalti tersebut. Hasilnya pada minit ke 50 sepakan penalti Semie membawa kita pada tahun 1990 an dengan sepakan tinggi sama seperti sepakan Roberto Baggio. Kecewa dengan sepakan itu, Semie kembali ke posisi tengah. GSN B kembali bersemangat dan hasil sepakan percuma yang dilakukan Chikaro tepat kepada Pocek yang terus membawa bola ke depan gol. Peja yang berada pada posisi terbaik hanya menolak perlahan kepada Pocek dan akhirnya gol kontroversi berjaya dijaringkan dengan rembakan leret Pocek menyamakan kedudukan 2-2. Pemain GSN B membantah keputusan pengadil tetapi keputusan tersebut adalah muktamad. Pemain GSN B terus tertekan kerana hampir 5 kali offside dan akibat tekanan itu pemain GSN B memarahi pembantu pengadil satu iaitu Penyuz tetapi berjaya diredakan oleh samseng bola sepak iaitu Mat Paijang yang kembali masuk menggantikan Robinho. Separuh masa kedua ini agak panas dengan beberapa kekerasan berlaku ke atas pemain yang dilakukan Cupin. Bulatgetey selaku jurulatih berjaya meriuhkan keadaan dengan Cupin selalu menjadi mangsa. Pukul 6:50 petang tamatlah perlawanan antar forumer ini. (sumber www.ganusoccer.net)

Statistik Perlawanan

GSN A_____________ GSN B
45% Penguasaan Bola 55%
8__Peluang Terbaik__14
1____Kad Kuning____ 0
0____Kad Merah_____0
0_____Penalti_______1
3__Sepakan Percuma_2
3___Sepakan Sudut___5
3______Offside____ _12

Pengadil : Ariffin MBKT
Pembantu Pengadil : Penyuz a.k.a Mat Daham dan gANUBoyz


No comments: