19.10.09

iPhone: Create custom SMS Tones

iPhone mempunyai 6 sms ringtones yang asal;

Secara amnya, kita tak boleh tambah ringtones baru tetapi kita boleh replace ringtones sedia ada.

Langkah 1:
Sediakan satu tone.mp3 (seboleh2nya tone tu kurang dari 12 saat, kalau panjang2 sgt iPhone tak dapat baca)
Kalau ambil dari ringtone lagu, boleh cut guna garage band atau mana2 mp3 cutter software. Tgk sini.

Langkah 2:
Kena convertkan tone .mp3 kepada tone.aif. Caranya:-
1. Menggunakan iTunes, double click pd fail tone.mp3 atau pilih FIle > Add to Library dan select fail tone.mp3 ke dalam iTunes
2. Then, setkan pada Preferences > General > Import Settings, pastikan pada ruangan import using, pilih AIFF Encoder.
3. Balik kepada tone.mp3 yang telah dimasukkan dalam iTunes, right click, dan pilih create AIFF version. Satu fail pendua(duplicate) dengan nama fail tone.aif akan wujud di ruangan iTunes.



Langkah 3:
1. Drag lagu (tone.aif) yang di'duplicate'kan tadi ke desktop.
2. Cipta folder baru dan subfolder di dalam folder tersebut. Namakan folder = Tone SMS Tone (boleh tukar/bebas) dan subfolder dgn nama UISounds


3. Dalam iPhone, terdapat 6 sms tones yg asal.
1. Tri-tone -----> sms-received1.caf
2. Chime -------> sms-received2.caf
3. Glass --------> sms-received3.caf
4. Horn --------> sms-received4.caf
5. Bell ----------> sms-received5.caf
6. Electronic ---> sms-received6.caf

Seterusnya, pilih ringtone sms mana yang nak digantikan dengan ringtone sms baru dan namakan fail
ringtone baru tadi dengan nama yang di sebelah kanan anak panah di atas. Sebagai contoh;

Saya nak gantikan rintone baru saya, Massage_Baby.aif ke atas Electronic.
Maka, saya akan namakan rintone Massage_Baby.aif tadi dengan sms-received6.caf. Satu pertanyaan
samada setuju atau tak untuk tukar fail kepada .caf akan keluar dan tekan saja 'ya'.

Langkah 4:
Seterusnya adalah cara kita nak masukkan tone tadi ke dalam iPhone kita. Apa yang kita perlu tahu adalah
tentang aplikasi Open SSH yang ada dalam iPhone. Ini perlu dilakukan melalui network wifi yang sama
digunakan pada iPhone dan komputer yang digunakan. Boleh tgk sini.

Caranya:
1. Buka klien FTP. Klien FTP yg saya gunakan adalah Filezilla Download sini. Masukkan IP Adress iPhone.
Boleh check pada Settings>Wi-Fi> "panah biru wi-fi yg connected". Nanti akan dipaparkan maklumat
tentang IP Adress dan lain2. Kemudian masukkan IP Adress yang tertera di iPhone ke dalam Filezilla (atau
klien FTP lain) tadi. Username adalah "root" dan password adalah "alpine". Pada ruang port, isikan "22". Ini
mungkin mengambil masa dan cubaan lebih dari sekali.Buat sampai jadi, insyaAllah nanti akan get
connected, pucuk pangkal adalah kesabaran. Pastikan iPhone anda sentiasa connected kepada wi-fi.


2. Pada ruangan local site/local folder di klien FTP, select pada ruangan desktop supaya kita dapat melihat
folder sms tones - MassageBaby SMS Tone yang telah kita create pada langkah 3 tadi.

3. Kemudian, pada ruangan remote site/remote folder di klien FTP, pilih directory Library>Themes.
Sekiranya folder Themes belum wujud, kita boleh tambah folder baru dan namaan folder tersebut sbg
Themes. Seterusnya, pindahkan folder tone kita tadi - MassageBaby SMS Tone dari local site ke remote
site. Apa yang anda perlu buat adalah tarik folder tersebut dari local site ke dalam folder Themes dalam
remote site.


Langkah 5:
OK. Langkah terakhir adalah mengaktifkan tone baru tadi. Buka Application Winterboard dalam iPhone
anda. Anda akan dapat melihat senarai ringtone yang ada. Akan tertera nama folder tone baru anda. Pilih
dan nama fail tersebut akan bertanda 'tick'. Kemudian keluar dari application Winterboard dan anda akan
dapat lihat ada sesuatu sedang diproses di screen iPhone. Tunggu sehingga selesai dan screen appear
seperti biasa. Anda sudah berjaya!! Unlock screen iPhone, masuk ke
Settings> Sounds>New Text Message>Electronic.
Anda sudah dapat mendengar SMS tone baru anda.

Disertakan online tutorial untuk memudahkan kerja2 anda. Klik sini. Versi English boleh klik sini.
Good Luck!!


3 comments:

iphoneganukite said...

selain pakai wifi users boleh pakai software yang connect kepada iphone melalui USB port...untuk lebih menarik dan GUI yang mudah difahami user boleh pakai iFunbox dan untuk yang lebih realistik dan straight foward user boleh mengunakan iphonebrowser....bagi yang mempunyai masalah dgn Wifi software ini boleh membantu. kalu nok tukor sms tone pung lagi senang sebab dier ader button direct to folder. tapi bagi yang jailbreak mengunakan blackra1n...user boleh download fixafc2 melalui cydia. jika tidak...software software seperti di atas akan mengenalpasti iphone anda sebagai jailed iphone....

Anonymous said...

please don't buy any unlock or jailbreak software from the internet...the software basically free and created by a hacker for freedomness....so spread it out....if u want the jailbreak and unlock software....blackra1n.com would be the place...free of charge...

Duwey said...

yup..of course..always find for the free one