6.2.10

PhotoWar: Ujikaji - Cross-processing Photoscape

Salam. Dah lama tak post apa-apa. Agak busy dan malas dan out of the mood. Hampir sebulan jugak la aku tak sentuh gambar-gambar. Kali ni aku nak post pasal editing.For sure, tentu ramai yang berjinak-jinak ngan fotografi kenal Chot. Seorang street candid photographer, yang mana ramai yang suka dengan colour tone pics dia.

So, aku cuba nak try colour tone yang lebih kurang la. Dah tentu tak boleh nak sama dengan hasil sifu Chot. Aku guna Photoscape (tahu benda ni melalui Burt -->> refer sini untuk download dan step by step instruction). Foto kat bawah ni, filter yang digunakan adalah cross process + agfa. Then aku adjust sket curve dan fill light ikut sesedap rasa aku.




Foto diatas dicapture di Nikon Service Centre, Berjaya Times Square. Kat sini semua dibenarkan try test product Nikon, so sape nak test dulu sebelum beli lens, boleh test kat sini la. Syok! Ada miniature suasana kampung yang sangat detail dan menarik. Niat asal aku ke sana sebab nak test 85mm, tapi alang-alang customer service officer dia offer lagi, aku try 70-200mm VRII. Nak cerita best ke tak telefoto tu, aku tak reti la, baru 2nd time pegang. Tapi 85mm mmg syok untuk portrait. Bokeh habis!

So, yang kat sebelah dan bawah ni antara miniature yg aku shoot.

Sebelah: 50mm @ f2.8
Bawah kiri : 200mm @ f2.8
Bawah kanan: 85mm @ f1.8
Paling bawah kiri : 50mm @ f2.8
Paling bawah kanan: 200mm @ f5.0






1 comment:

n@m@n said...

kawe pon try lomo gok..hehe

http://fotonaman.blogspot.com/2010/02/in-red.html