12.2.10

7 perkara tentang MLM

Aku bukan penggemar MLM. Bukan aku je, bahkan masih ramai lagi yang tak ambil port dalam hal MLM ni terutamanya yang mana rasa dah tertipu. So, 7 benda pasal MLM (yang menjengkelkan?):
  1. Lokasi perniagaan/permulaan/sesi suai kenal biasanya kat medium class restoran sikit..kurang2 pun kedai mamak..mesti ada wifi, mesti bawak laptop, dan ada slide presentation.

  2. Sesetengahnya - datang mesti stail sama, baju kemeja stail sama, kereta mewah2, sesetengahnya no plat kereta pon sama..ada lagi, sebilangannya kepala tali pinggang pun sama - branded beb!
  3. Cakap tak main puluh-puluh, ratus-ratus..cakap mesti riban-riban..jutaan tak pernah dengar lagi, tapi kebarangkalian tu ada besar jugak sebab bisnes ala-ala MLM ni untung besar.
  4. Yang introduce bisnes biasanya yang baru berjinak-jinak, nak cari downline, then mesti bawak senior sorang untuk mempengaruhi potential downline.
  5. Cakap mesti bergaya, bisnes besar, beli barang branded-branded - yang penting bukak laptop, tunjuk figure-figure keuntungan, pastu google jam tangan mahal - jenama jam tangan yang diminati? tak pasti ada jenama yang diminati janji berjenama dan mahal dan nampak hebat.
  6. Mesti cakap bisnes ni bukan MLM, tak sama macam MLM lain, tak sama macam itu macam ini, tak ramai lagi orang masuk, chance untuk untung besar lagi tinggi...bla..bla..bla..padahal memang kena cari downline
  7. Mana pergi Omegatrend, mana pergi Luxor, mana pergi Island Red Cafe (yang ni memang dah lingkup rasanya)..sekarang musin HAI-O..kalau kat kelantan, HAI-O ni Hairuddin Omar.
Notakaki: kepada MLMmers..ini hanyalah pendapat..anda boleh teruskan perniagaan anda selagi anda rasa memberikan keuntungan kepada anda dan pada masa yang sama tidak memudaratkan dan menipu orang lain. Yang paling penting pendapatan anda adalah HALAL. Sila pastikan.

2 comments:

Melati Shaari said...

melati shaari like this.

*thumbs up*

Anonymous said...

yes..... betul3... org yg introduce bende tu pun memberikan gambaran kemewahan yang hiperbola.bawak kete mewah. then berani pulak memberi jaminan yg melampau tahap dewa.i believe in toils, sweats and hard works..sorry to say this, i wont pick MLM as my choice. daa